Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH MENDEKATKAN MASYARAKAT PADA AL-QURAN KOTA BHARU - Penganjuran majlis til...

PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH MENDEKATKAN MASYARAKAT PADA AL-QURAN KOTA BHARU - Penganjuran majlis til...



PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH MENDEKATKAN MASYARAKAT PADA AL-QURAN

KOTA BHARU - Penganjuran majlis tilawah dan menghafaz al-Quran adalah merupakan usaha yang terpuji sekaligus mampu merangsang minat dan kecenderungan ahli masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sebagaimana tuntutan al-Quran.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud ketika berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1444/2023M di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, baru-baru ini.

Katanya, sesuai dengan tema "Al-Quran Asas Penyatuan Ummah" yang mana Islam mahukan umatnya bersatu padu kerana dengan penyatuan dan kesatuan akan memberi kekuatan dan kesejahteraan kepada umat Islam.

"Al-Quran selain kitab untuk dibaca ia juga mampu menjadi penawar bagi hati dan fikiran seterusnya mampu mengubah dan meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasulullah saw dalam mengembalikan umat Islam kepada asas agama dan rohani yang lebih baik.

Melalui pengisian kerohanian yang lebih baik akan dapat membentuk tingkah laku serta akhlak individu muslim dalam menampilkan imej Islam kepada dunia," katanya.

Tambahnya, penyatuan yang berasaskan ketentuan di dalam al-Quran adalah penting bagi umat Islam bagi mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-14 05:54:23

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook