Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERUTUSAN KHAS RAMADAN 1444 HIJRIAH
MENTERI BESAR KELANTAN

‎بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
...

PERUTUSAN KHAS RAMADAN 1444 HIJRIAH MENTERI BESAR KELANTAN ‎بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...



PERUTUSAN KHAS RAMADAN 1444 HIJRIAH
MENTERI BESAR KELANTAN

‎بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‎الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Firman Allah SWT:

‎يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)

Kedatangan madrasah Ramadan setiap tahun adalah untuk membersihkan rohani manusia serta mendidik nafsu supaya menjadi manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT. Bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan kerana padanya diturunkan al-Quran. Dan Lailatul Qadar adalah sebaik-baik malam melebihi seribu bulan. Firman Allah SWT:

‎شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al- Baqarah 185).

Kerajaan Negeri bersyukur kerana pada tahun ini dapat menghidupkan dan mengekalkan suasana Ramadan di negeri Kelantan dengan adanya Madinah Ramadan. Hasrat mewujudkan Madinah Ramadan adalah supaya simbol dan syiar membesarkan Islam dan manifestasi usaha memuliakan al-Quran samada menerusi acara tilawah, tadarus dan tadabbur.

Jadikanlah Ramadan kali ini juga sebagai peluang terbaik untuk mendidik diri dengan semangat persaudaraan Islam dalam membentuk perpaduan ummah, menerbitkan perasaan kasih sayang dan timbang rasa kepada mereka yang memerlukan menerusi infaq dan sedekah serta merapatkan lagi jalinan silaturahim semasa ahli masyarakat. Hiasilah diri dengan akhlak terpuji dari segi perbuatan, percakapan dan elakkan daripada pembaziran.

Moga-moga pada penghujung Ramadan nanti diisi dengan amal ibadah, amal kebajikan dan amal taqwa. Hayatilah sabda Rasulullah SAW:

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang mendirikan qiam Ramadan (Terawih dan solat sunat yang lain) kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Bukhari Dan Muslim)

Marilah kita bermuhasabah, berusaha dan beribadah serta berdoa, semoga di bulan yang mubarak ini segala amalan dan ibadah yang dilaksanakan akan dapat mengembalikan kita kepada fitrah, bersih daripada dosa dan mendapat keampunan daripada Allah SWT.

Akhir kalam, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh rakyat Kelantan di manapun mereka berada. Kita tumpukan peningkatan amal ibadah masing-masing dan berganding-bahu dalam agenda membangunkan masyarakat sejahtera serta bertaqwa.

‎اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: "Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadah pada bulan itu)".

Semoga Allah SWT memberkati Kerajaan Negeri Kelantan dalam mendasari Merakyat Membangun Bersama Islam.

Ramadan Karim.

Dato' Bentara Kanan
Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
01 Ramadan 1444H

...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 08:47:01

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook