Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1444H
 
Firman Allah SWT:
 
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱل...

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1444H Firman Allah SWT: ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱل...



PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1444H

Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ﴾ [البقرة: 183]

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Al-Baqarah: 183]

Alhamdulillah, marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bulan Ramadan yang penuh kerahmatan dan keampunan.

Ibadah puasa wajib hanya sebulan dalam setahun meliputi jasad, roh dan akal, secara khusus menahan diri daripada masuknya makanan dan minuman ke dalam jasad pada waktu siang hari sementara waktu, menahan hawa nafsu yang ada pada rasa hatinya, merehatkan jasadnya yang bekerja sepanjang masa setahun, dengan niat ikhlas kerana Allah Tuhan Pencipta dirinya dan segala rezekinya yang menunjukkan perkara yang terbaik bagi diri manusia itu sendiri. Walaupun yang dilarang pada waktu siang hari itu semuanya menjadi tabiat semula jadi dan rukun hidupnya.

Hasil ibadah puasa adalah meningkatkan sifat taqwa yang menjadi Maqasid Syariah yang ditegaskan dengan nyata oleh Allah, dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut kemampuan makhluknya. Adapun yang tidak berkemampuan tidak dipaksa, tetapi digantikan dengan puasa pada hari dan bulan lain apabila ada kemampuannya. Kalau tidak mampu juga hendaklah membayar fidyah (sumbangan) kepada saudara yang memerlukan pertolongan.

Amalan yang dikerjakan di bulan Ramadan juga untuk melahirkan rasa syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T dengan mendidik ruh, akal dan jasad mereka. Selain digalakkan untuk solat terawih, bacaan al-Quran dan ibadah-ibadah yang lain, kita juga digalakkan untuk bersedekah dengan mengorbankan harta benda dan mensucikannya melalui kefardhuan zakat fitrah. Sepatutnya dibulan inilah umat Islam dididik untuk lebih terkehadapan dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan.

Rasulullah SAW paling pemurah pada bulan Ramadan melebihi daripada bulan-bulan lain, kerana mengajar diri tidak bakhil walaupun terlalu sayangkan makanan dan minuman ketika lapar. Begitulah ketika susah sayangkan hartanya, tetapi tetap tidak lupa membantu sesama manusia yang susah dalam semua keadaan.

Jadikanlah Ramadan bulan untuk kembali kepada suluhan Al-Quran. Selain itu, rebutlah ketika peluang masih ada dengan perbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat, beriktikaf, berdoa, bersedekah dan merapatkan silaturahim sesama umat Islam.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada. Mudah-mudahan Ramadan tahun ini menjadi Ramadan paling terbaik di dalam sejarah hidup kita untuk meraih keampunan dan mencapai darjat taqwa.

"Malaysia Sejahtera"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Sya'ban 1444H / 22 Mac 2023M



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 12:14:17

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook