Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RAKYAT TERSEPIT, HARGA KELENGKAPAN SEKOLAH MENINGKAT 

KOTA BHARU – Menjelang pembukaan sekolah sesi...

RAKYAT TERSEPIT, HARGA KELENGKAPAN SEKOLAH MENINGKAT KOTA BHARU – Menjelang pembukaan sekolah sesi...



RAKYAT TERSEPIT, HARGA KELENGKAPAN SEKOLAH MENINGKAT

KOTA BHARU – Menjelang pembukaan sekolah sesi baharu pada minggu hadapan, Senator Dewan Negara, YB Dr Wan Martina Wan Yusoff meminta kerajaan agar meringankan beban ibubapa yang kurang berkemampuan agar memberi kelonggaran untuk tidak mewajibkan pembelian pakaian sukan atau ko-kurikulum khususnya anak-anak yang baharu memasuki darjah satu atau tingkatan satu.

Hal ini kerana, beliau berpendapat kos sara hidup kini yang semakin meningkat selain pendapatan rakyat yang turut terjejas telah memberi kesan kepada majoriti rakyat di negeri ini, dan tekanan lebih dirasai khususnya rakyat B40 dan M40.

"Kebanyakan harga bagi kelengkapan barangan sekolah seperti pakaian dan kasut sekolah, peralatan menulis dan buku-buku sekolah amat berbeza dengan harga sebelum ini disebabkan tekanan harga semasa.

"Kita amat memahami keluh kesah golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai yang masih bersekolah kerana terpaksa berbelanja tinggi untuk keperluan tersebut," katanya ketika ditemui media UPKN.

Sehubungan itu, jelasnya pihak kerajaan perlu menyalurkan lebih banyak bantuan inisiatif dari segi pakaian dan peralatan sekolah secara percuma kepada rakyat miskin tegar, khususnya bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan seperti ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang bersekolah tiga orang atau lebih.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-14 00:55:49

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook