Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SABAR, GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK DINAIKKAN. 

“Kenaikan gaji penjawat awam akan menyebabkan defisit k...

SABAR, GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK DINAIKKAN. “Kenaikan gaji penjawat awam akan menyebabkan defisit k...



SABAR, GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK DINAIKKAN.

"Kenaikan gaji penjawat awam akan menyebabkan defisit kepada negara. Jadi sabar sekejap, hasil banyak cuba dicurahkan." –Perdana Menteri Malaysia.
https://bit.ly/3YlR61a

Bagaimana pula dengan perbelanjaan defisit golongan penjawat awam yang masih mempunyai gaji yang tidak relevan dan mencukupi.

PM jangan lupa Menteri Ekonomi beliau sebelum PRU-15 tegas meletakkan keutamaan tertinggi bagi kerajaan yang akan mentadbir negara ialah menaikkan gaji minimum.

Dalam laporan berita harian bertarikh 19 Januari 2022, lebih 800 000 penjawat awam di negara ini tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah daripad Had Pendapatan Gars Kemisikinan iaitu RM2,208.
https://bit.ly/3SDsQX3

Ini bermakna separuh daripada penjawat awam tergolong dalam kalangan B40.

Dengan bajet mewah 2023 yang memperuntukkan hampir 90% untuk perbelanjaan mengurus, masih banyak kelompongan yang meresahkan rakyat.

Hutang peneroka FELDA tidak dihapuskan.
Tiada peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang.
Bantuan Tunai Rahmah (BTR) juga tidak diperincikan secara spesifik dan hanya isi rumah yang mempunyai tanggungan anak sahaja layak menerima bantuan maksimum 2500 ringgit.

Hakikatnya bukan PM sahaja yang kononnya berjimat dengan tidak mengambil gaji beliau, rakyat juga berjuang dengan lebih susah payah.

Makan ayam pun tidak boleh jika harga ayam mahal. Besar tanggungjawab rakyat untuk bertahan dengan kerajaan hari ini.

KHAIRUL
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-03 22:58:38

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook