Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SYARIKAT JEPUN MINAT LABOR RM140 JUTA DI KELANTAN

SYARIKAT JEPUN MINAT LABOR RM140 JUTA DI KELANTAN



SYARIKAT JEPUN MINAT LABOR RM140 JUTA DI KELANTAN

KOTA DARULNAIM - Sebuah syarikat dari Jepun yang berasaskan pembangunan produk karbon berminat melabur RM140 juta di Kelantan.

Pelaburan tersebut adalah bagi membina fasiliti "Waste Plastic Carbonization and Volume Redaction System" yang akan menghasilkan "Activated Carbon".

Bahan ini akan digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk seperti carbon plate, elektrod yang akan digunakan dalam kapasitor, filter pelbagai gred, penebal haba dan pelbagai lagi produk yang menggunakan karbon sebagai bahan asas.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dato' Dr Izani Husin sewaktu menerima kunjungan delegasi daripada Ohgi Technological Creation Co (Ohgi) di MABNA-MBI, semalam.

Rombongan tersebut diwakili Pengasas Ohgi, Takehiko Ohki, Pengasas Bersama Ohgi, Ryuichiro Kuboshima dan wakil Syarikat Bersekutunya, J Global Trading Sdn Bhd.

Ohgi yang berpengkalan di Tokyo memfokus kepada pembangunan produk berasaskan karbon yang digunakan dalam bidang perubatan, makanan, pembinaan dan sebagainya.

Ohgi juga banyak terlibat dengan kajian pembangunan bersama Universiti Ryukoku bagi membangunkan pelbagai produk baharu yang berasaskan karbon.

Setakat ini Ohgi memegang 181 paten pelbagai rekaan produk.

"Pihak Ohgi berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak Pengurusan Siso Pepejal Mubaarakan Sdn Bhd (PPSMP) selaku Syarikat Bersekutu Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) bagi menaik taraf sistem pengurusan tapak pelupusan di Daerah Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang," katanya.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-02 05:29:07

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook