Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAWARAN UMNO SELESAI MASALAH AIR BERSYARAT, 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

TAWARAN UMNO SELESAI MASALAH AIR BERSYARAT, 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡



TAWARAN UMNO SELESAI MASALAH AIR BERSYARAT, 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡


TAWARAN UMNO SELESAI MASALAH AIR BERSYARAT, ZAHID HINA RAKYAT KELANTAN

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kesekian kalinya membuat tawaran yang menghina rakyat Kelantan. Isu air tidak seharusnya dipolitikkan dan disekat geran bantuan mengikut konsep federalisme sekalipun berlainan politik kerajaan negeri.

Punca masalah air Kelantan hakikatnya disebabkan dendam politik Barisan Nasional sejak 1990 dengan sekatan peruntukan dan bantuan atas faktor Kelantan ditadbir PAS. Pada masa itu yang memegang Menteri Kewangan adalah Perdana Menteri hari ini.

Sayugia saya mahu sebutkan, pengkhianatan terhadap air Kelantan sejak 1990 masih belum boleh dimaafkan dan hari ini Zahid sekali lagi menghina hubungan federalisme negeri dan persekutuan dengan meletakkan syarat UMNO menang, peruntukan akan disalurkan.

Atas prinsip pentadbiran dan kepentingan rakyat, dendam politik tidak sepatutnya berada di hadapan. Hentikan politik dendam dan kembalikan peruntukan dan bantuan atas hak rakyat Kelantan untuk mendapat air bersih selayaknya sebagaimana negeri lain.

Zahid jangan hina rakyat Kelantan, apa lagi mengulangi pengkhianatan UMNO dan Barisan Nasional.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

22 Syaaban 1444/ 15 Mac 2023

#BersihdanStabil
#PNBEST

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-15 08:52:21

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook