Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

USUL BERNAS YB ABDUL LATIFF BELA NASIB RAKYAT  KUALA LUMPUR - Dalam Perbahasan Perbelanjaan 2023 Ah...

USUL BERNAS YB ABDUL LATIFF BELA NASIB RAKYAT KUALA LUMPUR - Dalam Perbahasan Perbelanjaan 2023 Ah...



USUL BERNAS YB ABDUL LATIFF BELA NASIB RAKYAT

KUALA LUMPUR - Dalam Perbahasan Perbelanjaan 2023 Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman mencadangkan usul bernas dalam memastikan nasib rakyat terus terbela.

Beliau mengusulkan Kerajaan Persekutuan mewujudkan Pengkalan Data Komprehensif Dengan Masa Nyata agar semua rakyat mendapat pembelaan yang sepatutnya dan tidak bertindih atas seorang nama.

Katanya, Kerajaan Pusat perlu mewujudkan agensi tunggal untuk menyelaras bantuan kepada rakyat.

Beliau juga meminta Kerajaan menghapuskan caj ATM RM1, sebagaimana telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri ke-8.

"Nampak kecil, tetapi amat bernilai kepada rakyat. Saya yakin bank tidak akan mengalami kerugian dengan pengecualian ini," jelasnya.

Seterusnya, beliau mohon diturunkan harga cukai jalan, bukannya buang pelekat cukai di cermin kereta dan turunkan harga untuk mengambil lesen kereta dan motor.

Selain itu, beliau minta kementerian berkaitan memberi perhatian khusus dalam membantu golongan berpendapatan rendah membina rumah sendiri dengan menyemak semula dan merendahkan harga bahan binaan.

"Misalnya harga simen dahulunya RM18 kini telah naik kepada RM22," katanya dalam sidang parlimen, semalam.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-02 02:57:40

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads