Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

10 ASNAF TERIMA RUMAH BAHARU LEBIH RM65 RIBU SEUNIT

10 ASNAF TERIMA RUMAH BAHARU LEBIH RM65 RIBU SEUNIT



10 ASNAF TERIMA RUMAH BAHARU LEBIH RM65 RIBU SEUNIT

RANTAU PANJANG - Kerajaan Negeri Kelantan menyerahkan rumah baharu 'Home2Live' bernilai lebih RM65 ribu seunit kepada 10 asnaf.

Penerima terdiri daripada armalah, mangsa rumah terbakar serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Rantau Panjang.

Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sumbangan rumah itu adalah kerjasama antara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama Muslim Care Society yang memperuntukkan RM600 ribu bagi meringankan beban golongan tersebut.

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana agensi yang ingin tampil membantu golongan memerlukan di negeri ini terutamanya golongan yang menghadapi bencana.

"Kerajaan Negeri menyediakan Subsidi Rumah Sewa sebanyak RM300 selama enam bulan kepada mangsa banjir genang di kawasan terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

"Setakat ini, 58 keluarga sudah dikenali pasti dari beberapa penempatan seperti Kampung Gual To' Deh, Kampung Tersang dan Kampung Lachang yang bakal menerima manfaat ini," katanya selepas merasmikan Majlis Serahan Kunci 10 Rumah 'Home2Live' di Pusat Latihan dan Aktiviti Komuniti Rantau Panjang, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pemilihan penerima bagi Subsidi Rumah Sewa itu dilakukan melalui tapisan ketua kampung, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Ahli Parlimen dalam kalangan mereka yang berhadapan dengan banjir genang dalam tempoh yang lama.

Mengulas lanjut beliau berkata, walaupun tiada peruntukan diterima daripada Kerajaan Persekutuan kepada ahli parlimen pembangkang, namun pihaknya terus komited dalam memastikan kebajikan rakyat di negeri ini sentiasa diutamakan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-26 08:52:55

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook