Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

50 RIBU HADIRIN MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

50 RIBU HADIRIN MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI



50 RIBU HADIRIN MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

KOTA BHARU - Sambutan yang luar biasa daripada rakyat tempatan dan perantau pelbagai kaum menyerlahkan kemeriahan sambutan Aidilfitri di Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, semua lapisan masyarakat menikmati kemeriahan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan budaya.

Katanya, sambutan pada kali ini amat mengujakan apabila setiap kawasan bersaing sihat mempamerkan juadah yang amat menyelerakan kepada para tetamu.

"Terdapat 33 gerai makanan dan minuman yang menyediakan pelbagai jenis menu istimewa mewakili setiap kawasan di Kelantan.

Gerai Pasir Mas menyediakan nasi dagang. Berjiran dengan Pengkalan Chepa menjamu sate dan nasi himpit. Sebelah lagi ialah gerai Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menyajikan mi dan kuetiau goreng," katanya.

Pertemuan Syawal ini mengeratkan lagi ukhuwah pemimpin dan rakyat Kelantan, katanya ketika merau pengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, semalam.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-30 08:24:26

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook