Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

AGUS, POLITIK ANGKUH DAN DESPERADO Menjadi tunggangan tidaklah susah. Cukup menggantikan tuan yang ...

AGUS, POLITIK ANGKUH DAN DESPERADO Menjadi tunggangan tidaklah susah. Cukup menggantikan tuan yang ...






AGUS, POLITIK ANGKUH DAN DESPERADO

Menjadi tunggangan tidaklah susah. Cukup menggantikan tuan yang memelihara dengan memijak bumi milik orang dan menghinanya. Lalu apabila dihentam ramai mulai menukar rentak seolah mangsa, play victim.

Agus bukanlah watak tersohor cuma menggunakan wang upahan J-KOM dan melacurkan kelayakan akademik yang diperoleh bertahun dengan mengubah diri menjadi desperado.

Tiada istimewanya insan ini melainkan try hard menampakkan diri agar tidak dikatakan makan gaji buta oleh rakan-rakan gabungan PH-BN yang mempertikai beliau yang berdarah PH mengetuai saraf politik kerajaan.

Isu-isu murahan yang dimainkan Agus nampaknya makan diri. Negeri-negeri di bawah PH dan BN juga berdepan krisis air terutama musim kemarau dan isu sampah saat keramaian perayaan.

Jika beliau ikhlas menyuarakan kebenaran lantaran J-KOM adalah lantikan sebagai penjawat awam sebagaimana beliau suarakan, apa salahnya beliau juga perjuangkan masalah air Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

Tidak lama setelah dihentam ekoran keangkuhan dan serangan saraf tidak menjadi malah dihambur rakyat Kelantan, beliau menukar mood dengan menulis kekecewaan terhadap PAS dengan mengungkit lahirnya beliau dalam PAS dengan 1001 bebelan yang mengharukan.

Pesan saya pada Agus, berkerja dengan betul kerana J-KOM selaku agensi awam dibayar gaji sama seperti penjawat awam yang lain, yang berintegriti menggunakan sebahagiannya cukai rakyat termasuk kami di Kelantan.

Janganlah kerana mahu menampakkan fungsi jabatan, sanggup mengadai prinsip akademik yang pada saya sedikit pandai daripada timbalannya yang sepenuhnya berotak PAN.

Tidak perlu pukul orang, bila dilawan balik berlakon seolah mangsa. Mulut kembali busuk selepas Ramadhan. Namun belum buka mulut pun rakyat Kelantan sudah kenal siapa Agus dan J-KOM, apa lagi anak muda.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

5 Syawal 1444 / 26 April 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-26 04:35:48

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook