Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Alhamdulillah, suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Temangan 2023 begitu meriah dengan kehadi...

Alhamdulillah, suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Temangan 2023 begitu meriah dengan kehadi...



Alhamdulillah, suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Temangan 2023 begitu meriah dengan kehadiran para tetamu pada hari itu melebihi jangkaan kami dan kami sangat berterima kasih serta menghargai atas kehadiran anda semua.

Jutaan kemaafan andai terdapat kekurangan daripada pihak kami dalam menjayakan majlis ini. InsyaAllah, kami akan berusaha untuk menambah baik segala kekurangan tersebut pada masa akan datang. Kita telah cuba buat yang terbaik dan doa kita semoga Allah menganugerahkan yang terbaik juga untuk kita di Akhirat nanti.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah berusaha dengan gigih untuk mempersiapkan segala-galanya dan memastikan majlis ini berjalan lancar khususnya kepada AJK MTD DUN Temangan, Pengarah dan kakitangan Pusat Khidmat ADUN Temangan, semua penghulu mukim dan tanpa mukim, ketua-ketua UDM dan AJK UDM dan Cawangan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama, Kerabat dan al-Sabiqun, Ladang Rakyat, Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat, serta tidak lupa kepada KP dan Pemuda PAS Cawangan Kaabah, RELA yang diketuai oleh En. Nazri dan Pn. Sapura serta anggotanya dan semuanya yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Penghargaan khas juga kepada pihak yang terlibat dalam memasak dan menyediakan hidangan yang sedap dan lazat. Tanpa mereka, majlis ini tidak akan menjadi lengkap dan memuaskan. Terima kasih atas usaha dan keikhlasan yang diberikan.

Semoga suasana kegembiraan yang tercipta dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Temangan ini dapat terus berkekalan dan menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim antara kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

#MerakyatMembangunBersamaIslam #TemanganSejahtera #SejahteraBersamaIslam

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-27 06:01:19

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook