Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

AMANAH-UMNO KELANTAN SEDANG TERLEKAT BUAH KELUBI Kata orang apabila terlekat buah kelubi, hendak di...

AMANAH-UMNO KELANTAN SEDANG TERLEKAT BUAH KELUBI Kata orang apabila terlekat buah kelubi, hendak di...






AMANAH-UMNO KELANTAN SEDANG TERLEKAT BUAH KELUBI

Kata orang apabila terlekat buah kelubi, hendak ditelan sakit, mahu dikehek sayang. Terkemam sahaja di tengah-tengah, mengerang kesakitan.

Inilah yang berlaku kepada Amanah dan UMNO Kelantan. Hubungan kahwin paksa demi kepentingan politik ini telah mengheret gumaman yang mengunci mulut yang sekali-sekali akan keluar juga panas dalamnya.

Jika sebelum ini Amanah Kedah mengeluarkan kebimbangan akan ada orang masuk wad gila kalau "dia" jadi MB Kedah, hari ini UMNO Kelantan pula mendesak Amanah menarik balik kenyataan atau putus kerjasama. Ini susulan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah yang merayu agar Yang Di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan Najib Razak.

Pastinya cerita terlekat buah kelubi ini tiada kaitan dengan PAS Kelantan tapi sekadar memaklumkan yang butir kelubi ini walau kecil tapi sedikit berjuring. Salah hari bulan akan luka berdarah. Itu sahaja.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

9 Syawal 1444 / 30 April 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-30 04:24:31

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook