Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH SOKONG MB LAWAN PENCABULAN FEDERALISME Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DM...

DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH SOKONG MB LAWAN PENCABULAN FEDERALISME Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DM...



DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH SOKONG MB LAWAN PENCABULAN FEDERALISME

Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK) menzahirkan sokongan dan berbangga dengan kepimpinan YAB Dato' Sri Muhammad Sanusi Md Noor, Menteri Besar Kedah yang cemerlang serta tidak tunduk kepada pencabulan semangat federalisme.

DMPNK senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YB Dato' Ustaz Ahmad Yahaya bahawa Kerajaan Persekutuan pada hari ini melaksanakan federalisme terpilih dan gagal bersikap profesional dalam hubungan antara Kerajaan Pusat dan Negeri.

Menteri Besar Kedah mempunyai asas yang jelas untuk bertegas mempertahankan hak-hak Negeri termasuk projek yang bakal memajukan negeri seterusnya membuka ruang pekerjaan kepada anak-anak Kedah. Malangnya hak negeri ini diremehkan dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal. Malah bukan lagi satu rahsia bahawa satu demi satu majlis melibatkan Kerajaan cuba menidakkan kehadiran MB.

DMPNK yakin dan percaya bahawa rakyat hari ini semakin bijak untuk menilai. Kebijaksanaan ini terserlah dengan pilihan memberikan majoriti undi yang besar kepada Perikatan Nasional dalam PRU ke-15 baru-baru ini.

Kerajaan Persekutuan sepatutnya fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukannya tidak henti-henti bermain politik. Luahan keresahan rakyat melimpahi media sosial demi untuk mendapatkan perhatian dan tindakan daripada Kerajaan.Namun malangnya bukan solusi yang diberikan, tetapi aksi politik yang di luar batas profesionalisme.

DMPNK terus menyokong teguh pentadbiran Menteri Besar Kedah dan yakin rakyat pasti tidak akan membiarkan negara ini diatur secara semborono dengan amalan menyimpang dari prinsip tatakelola yang dilaung saban dekad.

YB Dato' Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah
ADUN Merbau Pulas

#PNBEST
#BersihdanStabil



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-17 02:30:48

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook