Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

GOLONGAN MUDA TIDAK DIPINGGIRKAN DI BULAN RAMADAN

GOLONGAN MUDA TIDAK DIPINGGIRKAN DI BULAN RAMADAN



GOLONGAN MUDA TIDAK DIPINGGIRKAN DI BULAN RAMADAN

PASIR PUTEH - Kemeriahan sambutan bulan ramadan bukan sahaja tertumpu dengan aktiviti beribadah namun disajikan dengan pelbagai program dan pertandingan bagi menarik minat golongan muda.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, golongan muda perlu didorong untuk sentiasa aktif dan cergas dengan aktiviti berfaedah dan menjauhi aktiviti yang tidak sihat.

Tambahnya, selain berpuasa, bertarawih dan ibadah lain di bulan ramadan, golongan ini tidak pernah dipinggirkan dalam melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.

"Layan minat dan hobi mereka tidak salah. Bab kata Ustaz Azhar Idrus, jangan sampai jadi Najis," katanya sewaktu beramah mesra bersama peserta dan penduduk kampung Banir Belikong, Pasir Puteh.

Menurutnya lagi, pelbagai usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan dan keprihatinan terhadap golongan muda sentiasa diutamakan terutamanya di negeri Serambi Mekah ini.

Dalam masa yang sama, Pertandingan Carrom dan Moreh Ramadan merupakan anjuran Pemuda Banir Belikong dengan Kerjasama Penyelaras Pemuda PAS ADUN Selising.

#ViraliyatBerita1ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-04 05:00:04

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook