Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEBIJAKSANAAN KEPIMPINAN SULTAN KEDAH Sekali lagi kecoh cerita mengenai YAB Menteri Besar Kedah. Ta...

KEBIJAKSANAAN KEPIMPINAN SULTAN KEDAH Sekali lagi kecoh cerita mengenai YAB Menteri Besar Kedah. Ta...



KEBIJAKSANAAN KEPIMPINAN SULTAN KEDAH

Sekali lagi kecoh cerita mengenai YAB Menteri Besar Kedah. Tahap populariti Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor ternyata amat luar biasa dengan 'style' kepimpinan yang tersendiri dan terbukti memikat hati pelbagai lapisan masyarakat khususnya orang Melayu di Malaysia.

Selaku seorang pentadbir bagi negeri pembangkang dan seorang 'fighter' bagi parti pembangkang beliau terpaksa menempuh jalan perjuangan yang sukar terutama apabila PMX selaku 'orang baru' dalam Putrajaya mencabul semangat federalisme yang ada.

Bermula dengan ugutan untuk memberikan saman, ugutan untuk membatalkan projek KXP, halangan untuk menghadiri program alumni di sekolah, pembatalan dewan MAEPS untuk program MB berbuka puasa bersama anak perantau Kedah, halangan untuk hadir ke program-program anjuran Kerajan Persekutuan termasuk LIMA di Langkawi dan terkini halangan untuk menghadiri Mesyuarat Kewangan Negara.

Namun Sultan Kedah nampaknya sentiasa memberikan dorongan yang positif kepada Menteri Besar Kedah atas jasa dan bakti beliau kepada negeri Kedah.

Baru-baru ini Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14, 2023 telah menzahirkan rasa berpuas hati terhadap pentadbiran YAB Menteri Besar yang disifatkan baginda sebagai pencapaian yang membanggakan.

Titah baginda, "Atas segala pencapaian dan usaha disebutkan tadi, tahniah diucapkan kepada Menteri Besar dan seluruh jentera pentadbiran negeri".

Antara pencapaian yang dititahkan oleh Sultan Kedah ialah,

1. Menarik masuk pelaburan tinggi ke Kedah dengan jumlah keseluruhan pada 2022 mencecah RM13.1 bilion yang turut menyediakan sebanyak 6,072 peluang pekerjaan.

2. Menyegerakan proses pemberi milikan tanah kepada rakyat yang memohon.

3. Pentadbiran Menteri Besar yang cukup komited melaksanakan Agenda Pelan Pembangunan Kedah 2035 (Kedah 2035).

https://bit.ly/3GYOiAX

Terbaru, YAB MB Kedah menceritakan bahawa Tuanku Sultan Kedah tidak memperkenan permintaan Kementerian Kewangan agar Menteri Besar Kedah digantikan dengan individu lain bagi menghadiri Mesyuarat Kewangan Negara yang secara lazimnya dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar.

"Saya menerima surat jemputan melalui Pejabat Menteri Besar pada 17 April jam 8.45 malam untuk hadir mewakili Kedah pada mesyuarat yang dijadualkan pada 18 April, bertempat di Kementerian Kewangan, Putrajaya".

https://bit.ly/43MkX6E

Mengapa begitu rendah akal budi serta tahap profesionalisme pejabat Menteri Kewangan negara kita pada hari ini? Mengapa seorang Menteri Besar diperlakukan sehina dan sebegini rupa?

Justeru, tepatlah tindakan yang dibuat oleh Sultan Kedah. Ini bukti bahawa kebijaksanaan Sultan Kedah telah menyelamatkan negeri Kedah sekaligus menjamin kemaslahatan buat kerajaan dan rakyat negeri Kedah.

Ikan dijaja letak di meja,
Ikan ditangkap memakainya belat;
Bukan raja sebarang raja,
Raja penyayang lagi berdaulat.

Cerita hikayat si Tanggang nakhoda,
Disumpah keras menjadi beting;
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Ibarat aur dengannya tebing.

Sekian.

USTAZ SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor
20 April 2023

#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-20 06:07:01

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook