Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KOMUNITI CAKNA PAYA RAMBAI ANJUR MAJLIS AIDILFITRI UNTUK PERANTAU

KOMUNITI CAKNA PAYA RAMBAI ANJUR MAJLIS AIDILFITRI UNTUK PERANTAU



KOMUNITI CAKNA PAYA RAMBAI ANJUR MAJLIS AIDILFITRI UNTUK PERANTAU

KOTA BHARU - Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Komuniti Cakna Paya Rambai (Cakna Paya Rambai) turut mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Temu Mato Perantau Anak Mukim Paya Rambai yang diadakan di Sam Sweet Garden, baru-baru ini.

Majlis lebih meriah dengan kehadiran Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim.

Dalam majlis tersebut, kedua-dua pemimpin turut menyampaikan sumbangan kepada hadirin yang 80 peratus hadir adalah anak mukim yang tinggal di luar Kelantan.

Komuniti Cakna Paya Rambai yang dipimpin Penghulu Mukim Paya Rambai, Wan Azmi Mohamed turut menerima ucapan tahniah daripada kedua-dua pemimpin tersebut.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-30 04:55:35

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook