Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

𝗔𝗚𝗨𝗦 𝗞𝗢𝗬𝗔𝗞, LEPAS MAKIAN KEPADA KELANTAN DIBALAS MAKIAN BERJEMAAH

"Madani itu hidup berper...

𝗔𝗚𝗨𝗦 𝗞𝗢𝗬𝗔𝗞, LEPAS MAKIAN KEPADA KELANTAN DIBALAS MAKIAN BERJEMAAH "Madani itu hidup berper...






𝗔𝗚𝗨𝗦 𝗞𝗢𝗬𝗔𝗞, LEPAS MAKIAN KEPADA KELANTAN DIBALAS MAKIAN BERJEMAAH

"Madani itu hidup berperaban yang tidak memperlekeh orang, hidup yang penuh kasih sayang, saling menghormati dan menolak politik ketaksuban."

Saya pegang kata-kata Agus ini sebagai bahasa dari orang "koyak jiwa". Setelah menyindir Kelantan dengan bahasa yang difahami sebagai makian beliau memperlahankan rentak dengan nada yang sedikit meraih simpati. Walhal anak muda Kelantan bukannya jenis orang yang mudah lupa, senang hilang ingatan.

Agus yang mula memperlekeh Kelantan, langsung tiada belas ehsan, kasih sayang membelasah Kelantan dan beliau tidak menghormati kerja-kerja orang lain serta penuh taksub terhadap tuan yang membelanya.

Barangkali beliau lupa yang Kelantan adalah negeri yang sarat jiwa nurani, bertunjang kasih sayang dan model universiti politik terbuka. Sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan tapi peradaban nilai keadilan menjadi pertimbangan dalam setiap pandangan yang dikeluarkan.

Menyindir bukan bahasa yang baik, apa lagi negeri ini punya daulat dan tuan yang mentadbir. Beliau tidak sayugia membuat "lembik tengkuk" setelah hujah dipatahkan kerana anak muda Kelantan tidak pernah melupakan keangkuhan semasa permulaan sindiran.

KP J-KOM ini nampaknya terdesak menukar rentak meraih simpati dan saya perhatikan tidak ada satu pun rakan parti kahwin paksa beliau mempertahankan hujah beliau dan dibiarkan Agus terkapai kelemasan.

Naratif yang cuba dibawa dalam kesempatan ini adalah mewajahkan anak muda Kelantan sebagai taksub dengan hanya kerana mempertahankan negeri sendiri. Beliau lupa ketaksuban sebenar adalah bermula dari diri beliau sendiri. Taksub terhadap perjuangan sempit reformasi yang kini basi.

Sudah-sudahlah Agus bermain emosi. Loya pula melihat, membaca dan mendengarnya. Berani menyindir, bila dibalas balik boleh pertahan cuma jangan koyak.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

8 Syawal 1444 / 29 April 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-29 08:37:28

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook