Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MAJLIS IFTAR DAN APRESIASI KHIDMAT MALAYSIA KEDAH

MAJLIS IFTAR DAN APRESIASI KHIDMAT MALAYSIA KEDAH



MAJLIS IFTAR DAN APRESIASI KHIDMAT MALAYSIA KEDAH

Alhamdulillah, Tahniah kepada Khidmat Malaysia Negeri Kedah, Yang Berhormat Senator Ustaz Haji Musoddak Haji Ahmad kerana telah mengadakan dan menjemput Khidmat Malaysia Pusat ke majlis ini.

Majlis dihadiri oleh Penaung Khidmat Malaysia Negeri Kedah juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah Yang Berhormat Ustaz Ahmad bin Yahaya dan tetamu utama Yang Berbahagia Tuan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Ketua Pengarah.

Satu Anugerah Penghargaan Khas daripada Khidmat Malaysia Negeri Kedah diberikan kepada Ketua Pengarah KM Pusat di atas komitmen dan gerak kerja yang komited dan memberangsangkan sepanjang sesi ini. Tahniah kepada Tuan Khairul Faizi.

Majlis diserikan lagi dengan penghargaan kepada Khidmat Malaysia di semua kawasan-kawasan di negeri Kedah dan entiti-entiti seperi Jabatan Amal Malaysia Kedah, Briged Muslimat Malaysia Kedah serta badan NGO PAPISMA yang sentiasa memberikan khidmat yang terbaik dan pengorbanan yang tinggi di atas kerja amal relawan membantu bencana-bencana terutama banjir yang berlaku baru ini di negeri Johor.

Khidmat Malaysia Pusat merakamkan jutaan terima kasih kepada Khidmat Malaysia Negeri Kedah kerana menjemput ke majlis tersebut. Moga semua kita diberikan pahala atas kerja-kerja amal berkebajikan ini. Jadikan kerja amal kita sebagai gedung ibadah terutama menjelang pecutan akhir bulan Ramadan ini.

Peluang untuk Infak Istiqamah masih dibuka. Anda boleh memberikan Infak sumbangan secara bulanan ke link tersebut.

https://infaqpay.my/go/pas/p/P509

atau

https://toyyibpay.com/sumbangan-umum-bencana

Sebarang pemakluman atau pertanyaan boleh hubungi talian hotline kami di nombor 011-14174789

"BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN BERAMAL KERANA ALLAH"

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-15 22:48:11

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook