Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PANTAU AKTIVITI ANAK-ANAK, ELAK PENINGKATAN KES STROK HABA – DATO’ AHMAD

PANTAU AKTIVITI ANAK-ANAK, ELAK PENINGKATAN KES STROK HABA – DATO’ AHMAD



PANTAU AKTIVITI ANAK-ANAK, ELAK PENINGKATAN KES STROK HABA – DATO' AHMAD

KOTA BHARU – Susulan kes kematian seorang kanak-kanak akibat strok haba, ibu bapa dan penjaga dinasihati memantau aktiviti dan kesihatan anak-anak terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan berisiko mengalami peningkatan suhu.

Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pemantauan itu sebagai langkah awal bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang dan bertambah berikutan perubahan cuaca tidak menentu.

Tambahnya, kesedaran tentang bahaya strok haba amat penting dan semua pihak mesti memberi kerjasama dalam menangani masalah tersebut.

"Kita minta rakyat sentiasa waspada dengan keadaan semasa dan kurangkan aktiviti luar.

Perubahan cuaca ini bukan sahaja berlaku di Kelantan, mana-mana negeri pun boleh terjadi. Oleh itu, kita mesti berhati-hati sewaktu berada dalam keadaan cuaca yang panas," katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, semalam.

Menjawab persoalan berkenaan cadangan melanjutkan cuti sekolah, beliau memaklumkan, tindakan tersebut boleh mengganggu sesi pembelajaran anak-anak.

Selanjutnya beliau menyaran pihak sekolah mengurangkan aktiviti luar yang melibatkan para pelajar.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-30 01:07:34

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook