Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PN SEDIA TADBIR SELANGOR Ada pihak yang minta agar Selangor dijauhkan daripada diperintah oleh PAS ...

PN SEDIA TADBIR SELANGOR Ada pihak yang minta agar Selangor dijauhkan daripada diperintah oleh PAS ...



PN SEDIA TADBIR SELANGOR

Ada pihak yang minta agar Selangor dijauhkan daripada diperintah oleh PAS dengan menggunakan hujah isu air yang berlaku di Kelantan.

Sungguh tidak adil apabila penulisan pada tahun 2023 menggunakan masalah yang berlaku pada tahun 90an sebagai asas sedangkan hari ini banyak tempat dengan masalah air di Kelantan telah diselesaikan bahkan pelbagai projek sedang dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut secara keseluruhan.

Surat tersebut tidak lain hanyalah bukti ketakutan pihak lawan kepada pengaruh PAS dan gelombang hijau yang berlaku di seluruh negara termasuk Selangor.

Manakan tidak, pada PRU14 sahaja calon PAS di 39 kawasan majoriti Melayu secara purata telah memperolehi 20.3% daripada jumlah keluar mengundi.

Manakala dalam PRU15, PN telah memenangi enam kerusi Parlimen dengan tiga daripadanya melalui wakil PAS.

Ditambah pula dengan penambahan keahlian baharu PAS yang terus meningkat setiap bulan.

Terbaharu pada 25 Mac 2023, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat telah meluluskan sebanyak 404 keahlian baharu parti dari negeri Selangor.

Itu adalah angka yang mendaftar keahlian dalam tempoh sebulan, belum lagi dicampur dengan mereka yang menyokong secara tidak langsung.

Ketika kekuatan serta pengaruh PAS makin kukuh di Selangor, kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan yang bersama UMNO pula mulai luntur.

Pastinya perkara ini menghantui PH-BN dalam menghadapi PRN nanti sehingga terpaksa memainkan naratif memburukkan Kelantan melalui isu air.

Selangor dengan jumlah penduduk sebanyak 6.5 juta orang yang terdiri daripada kaum Melayu bumiputera pastinya cukup bijak untuk menilai prestasi kepimpinan PAS dan PN yang bersih dan stabil berbanding PH-BN yang terus-menerus bercakaran sesama sendiri.

Sekian.

USTAZ SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Selangor
28 April 2023

#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-28 14:12:59

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook