Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PRESTASI AHLI PARLIMEN PN LEBIH BAIK BERBANDING PH-BN  Di saat rakyat Malaysia kecewa dengan kacau...

PRESTASI AHLI PARLIMEN PN LEBIH BAIK BERBANDING PH-BN Di saat rakyat Malaysia kecewa dengan kacau...



PRESTASI AHLI PARLIMEN PN LEBIH BAIK BERBANDING PH-BN

Di saat rakyat Malaysia kecewa dengan kacau bilau pentadbiran Kerajaan Madani, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) tampil dengan prestasi dan imej yang memberangsangkan berbanding Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) di parlimen.

Justeru, adalah tidak aneh andai rakyat Malaysia mendakwa bahawa PN ini lebih berwibawa berbanding PH-BN.

Antara perkara positif yang membuatkan Ahli-Ahli Parlimen PN lebih baik berbanding PH-BN ialah;

1. Kualiti Perbahasan

Dalam sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini, Ahli Parlimen PN telah mengambil bahagian untuk berbahas dengan sangat aktif, membina dan berkesan seolah-olah mereka ini adalah ahli parlimen daripada pihak kerajaan.

Prestasi yang membanggakan ini semestinya adalah natijah daripada inisiatif program Permukiman Ahli Parlimen Perikatan Nasional, penubuhan Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional, Program Brainstorming Belanjawan 2023 oleh Perikatan Nasional dan pre-council Ahli-Ahli Parlimen PN yang berterusan secara aktif.

2. Kehadiran ke Parlimen

Berdasarkan kepada rekod kehadiran dalam hansard (transkrip rasmi) sidang parlimen, Ahli Parlimen PN mencatatkan peratusan kehadiran terbaik dengan kadar kehadiran sebanyak 94.2% berbanding Ahli Parlimen Kerajaan dengan kadar kehadiran sekadar 88.4%.

Ini adalah bukti yang rasmi daripada rekod yang rasmi bahawa Ahli-Ahli Parlimen PN telah membawa suara rakyat mereka di parlimen ini dengan penuh kesungguhan, disiplin dan dedikasi.

3. Kesepakatan Pasukan

Selain daripada perbahasan yang berkualiti dan rekod kehadiran klasifikasi kelas A+, Ahli-Ahli Parlimen PN juga berkhidmat di parlimen dengan percaturan yang sangat strategik dan penuh dengan semangat berpasukan yang tinggi.

Perbahasan mereka adalah sangat tuntas dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Tidak dilupakan juga, kod pakaian mereka yang sentiasa seragam dalam sesi-sesi penting berbanding Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan telah menambahkan lagi nilai imej mereka.

Ahli Parlimen PN juga untuk rekod telah membuat ketetapan akan mengekalkan amalan pemakaian tali leher di parlimen bersama dengan penjawat-penjawat awam yang lain.

Tahniah Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional!

Kalian adalah harapan dan aspirasi perjuangan rakyat!

Sekian

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
8 April 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-08 23:01:23

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook