Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SOLAT SUNAT ISTISQA 28 APRIL INI - EXCO PERTANIAN

SOLAT SUNAT ISTISQA 28 APRIL INI - EXCO PERTANIAN



SOLAT SUNAT ISTISQA 28 APRIL INI - EXCO PERTANIAN

PASIR PUTEH - Ekoran musim kemarau yang melanda negeri Kelantan sehingga menyebabkan sektor pertanian terjejas, Exco Pertanian YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata solat sunat istisqa akan diadakan pada pagi Jumaat, 28 April ini.

Kata beliau, solat sunat tersebut akan diadakan di Padang Awam Selising bagi memenuhi sebahagian tuntutan agama.

Tambahnya golongan penternak, petani dan pesawah diharap dapat menyertai majlis tersebut bagi memohon ke hadrat Ilahi supaya diturunkan hujan.

"Ia dianjur Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dan kita utamakan kepada pesawah dan petani kerana memerlukan air bagi mengairi tanaman yang diusahakan.

"Kita harap mereka boleh pakat mari ke majlis tersebut dan kita bersama memohon kepada Allah agar menurunkan hujan," katanya ketika ditemui selepas majlis Gema Aidilfitri Dun Selising yang diadakan di Padang Awam Selising pada Isnin lalu.

#ViraliyatBerita9pg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-26 01:24:19

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook