Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SYAWAL PELENGKAP PERJUANGAN  Ramadan berlalu Maghrib nanti diredai meskipun dalam hiba mengharap di...

SYAWAL PELENGKAP PERJUANGAN Ramadan berlalu Maghrib nanti diredai meskipun dalam hiba mengharap di...



SYAWAL PELENGKAP PERJUANGAN

Ramadan berlalu Maghrib nanti diredai meskipun dalam hiba mengharap diberikan rezeki tahun depan bertemu lagi.

Syawal menjelma esok pagi dirai penuh kesyukuran atas kurniaan rezeki menyambut bulan kesepuluh dalam takwim Hijrah dengan takbir dan tahmid bersama umat Islam di seluruh dunia.

Eidul Fitri dirayakan dengan keinsafan berkat 30 hari ditarbiyah di madrasah Ramadan.

Selepas 1 Syawal kita digalakkan berpuasa enam sebagai pelengkap fitrah kesihatan jasmani dan keafiatan rohani.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Ayyub Al-Ansari).

Selain kesihatan fizikal, Syawal sangat mengingatkan kita tentang pelengkapnya iaitu keafiatan spiritual melalui jalan kesabaran melawan desakan hawa nafsu.

Oleh itu, berbelanjalah untuk diri sendiri dan keluarga pada kadar keperluan bukan mengikut kehendak dan perbanyakkanlah infak.

Aktifkan amalan kunjung-mengunjung untuk mengeratkan silaturahim dan ukhwah di samping berwaspada dalam setiap tindakan dan tutur kata supaya tangan dan lisan kita bukan asbab pengundang bala.

Syawal sinonim dengan kemenangan sebagaimana sirah merekodkan siri perang banyak berlaku pada Syawal seperti Uhud, Khandak dan Hunain.

Mengimbau episod perang dalam Syawal, Uhud dan Khandak banyak menukar status jundullah kepada syuhada', hatta Rasulullah SAW pun cedera parah.

Sebaliknya, meskipun dua bulan tempoh Perang Hunain meletus pada Syawal tahun ke-8 Hijriyah, akhirnya Rasulullah SAW berjaya memimpin tentera Muslim menakluki Mekah tanpa pertumpahan darah.

Kemenangan berganda apabila pasukan Muslimin di medan Hunain dimotivasi oleh kejayaan gemilang 2 ribu daripada 12 ribu tentera Muslimin berasal dari Quraisy Mekah.

Semoga ibrah ini menjadi rujukan umat Islam masa kini agar terus istiqamah menegakkan syiar Islam dengan keikhlasan demi meraih reda Allah SWT bukan habuan duniawi kerana harga pengorbanan terlalu mahal untuk disamatarafkan dengan tukaran material di dunia sementara.

Salam Eidul Fitri 1444H
daripada
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Pengarah UPKN



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-21 02:08:09

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook