Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAHNIAH SOFYANK - EXCO BELIA PENGKALAN KUBOR - Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat m...

TAHNIAH SOFYANK - EXCO BELIA PENGKALAN KUBOR - Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat m...



TAHNIAH SOFYANK - EXCO BELIA

PENGKALAN KUBOR - Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat merakamkan ucapan tahniah kepada pencipta kandungan digital VFX atau kesan visual Mohamad Sofian Abdullah, 27 yang menang dalam Pertandingan Ultimate VFX Challenge-Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Sofyank adalah merupakan anak muda kelahiran Kelantan daripada Pasir Pekan.

Sofyank yang terkenal dengan bakat VFX sudah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa malah sehingga kini, video ciptaannya ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.

"Kita mendoakan semoga Sofyank terus mencipta kejayaan yang lebih besar lagi pada masa akan datang," katanya ketika ditemui semalam.

#ViraliyatBerita9pg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-27 01:13:34

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook