Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

YMM RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS KURNIAKAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF

YMM RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS KURNIAKAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF



YMM RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS KURNIAKAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF

TUMPAT - YMM Raja Perempuan Tengku Anis almarhum Tengku Abdul Hamid berkenan mengurniakan sumbangan kepada sepuluh penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim, peringkat Jajahan Tumpat di Wisma Ibadurrahman, hari ini. Turut berangkat YAM Tengku Bendahara Kelantan.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Kelantan itu melibatkan barangan dapur kering berserta wang tunai RM500 kepada setiap penerima yang dipilih di peringkat DUN.

Sementara itu, Datin Bentara Kanan Siti Zabidah Abdul Hamid dalam ucapannya berkata, pengurniaan sumbangan hari ini merupakan kecaknaan serta keperihatinan Duli-Duli Tuanku yang berjiwa rakyat menjadi kebanggaaan rakyat Kelantan.

"Junjung kasih kepada Duli Tuanku yang sentiasa mengambil berat akan keperluan dan keperihatian terutama sekali berkaitan kemiskinan rakyat dan juga mereka yang kurang bernasib baik.

Selain itu, PURNAMA juga akan sentiasa menggerakkan usaha untuk mempelbagaikan program kebajikan kepada insan yang memerlukan termasuklah program pemerkasaan wanita", katanya.

Hadir sama, ADUN Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah, ADUN Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan dan isteri isteri wakil rakyat.

Berita UPKN.

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KeberkatanKemakmuranKebajikan



















...
-Baca seterusnya...
2023-04-11 13:33:00

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook