Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dunia Perlu Mengutuk Tindakan Bacul Regim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza PAS mengecam sek...

Dunia Perlu Mengutuk Tindakan Bacul Regim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza PAS mengecam sek...



Dunia Perlu Mengutuk Tindakan Bacul Regim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan bacul dan ganas regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan udara malam kelmarin yang sehingga kini telah mengakibatkan 15 warga Palestin terkorban dan lebih 20 yang lain cedera.

Sudah sampainya masanya masyarakat dunia perlu mengambil tindakan tegas ke atas regim zionis Israel yang selama ini dengan sewenang-wenangnya berlaku kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan serta telah menjajah dan menjarah bumi Palestin selama lebih 74 tahun.

Pelbagai Resolusi PBB dan Perjanjian Damai yang dipersetujui dan dikuatkuasakan telah dicabuli serta nasib Palestin dan warganya tetap sama malah lebih buruk daripada dahulu. Regim zionis Israel perlu dikenakan tindakan dan sekatan yang lebih ketat dan tegas daripada sebelumnya berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Isu Palestin adalah satu isu yang cukup "memalukan" bagi masyarakat dunia kerana ia satu-satunya isu yang tidak mampu diselesaikan sehingga ke hari ini. Isu Palestin dipinggirkan dan seolah-olah terdapat sikap "double standard" dalam kaedah menanganinya berbanding pelbagai konflik lain yang berlaku di dunia hari ini mahupun sebelumnya.

OIC, Liga Arab mahupun PBB perlu memainkan peranan yang lebih pro aktif dalam menangani isu Palestin dan perlu meletakkan titik noktah bagi mengakhirinya. Sampai bila harus dibiarkan ia berlarutan? Adakah sehingga semua warga Palestin terkorban atau Palestin lenyap dari muka bumi ini?

Sudah sampai masanya masyarkat dunia perlu mencapai kata sepakat dalam menangani isu Palestin dan bertindak dengan lebih tegas terhadap regim zionis Israel.

Selagimana ia berlarutan dan dibiarkan, nescaya Asia Barat akan terus bergolak seterusnya menjejaskan matlamat untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk

19 Syawal 1444H / 10 Mei 2023.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-10 09:09:33

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook