Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

INDEKS KEBEBASAN AKHBAR : PMX PERLU BELAJAR DENGAN PMIX

“Campur tangan politik? Media mempunyai keb...

INDEKS KEBEBASAN AKHBAR : PMX PERLU BELAJAR DENGAN PMIX “Campur tangan politik? Media mempunyai keb...



INDEKS KEBEBASAN AKHBAR : PMX PERLU BELAJAR DENGAN PMIX

"Campur tangan politik? Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan itu tepat dan bertanggungjawab."

Demikian respons Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya berkenaan kebebasan pertubuhan media di negara ini.

Alhamdulillah, hasil keterbukaan Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pentadbiran beliau, Malaysia telah naik enam anak tangga dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2022.

Malaysia hari ini berada di tangga 113 daripada 180 buah negara sekali gus meletakkan kita di kedudukan tertinggi bagi negara ASEAN.

Jaminan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan menghalang kebebasan akhbar benar-benar ditunaikan.

Justeru tidak hairanlah sepanjang pemerintahan kerajaan sebelum ini, hampir tidak berbangkit isu sekatan media kerana berbeza pandangan politik seperti yang berlaku sekarang, contohnya;

1. Aktivis media sosial disoal siasat 6 jam oleh SKMM kerana kritik kerajaan.
2. Tiktoker PN dipanggil pihak polis.
3. Sekat kempen pihak lawan di media social.
4. Kawal stesen TV.
5. Pengamal media dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri.
6. Menteri menuduh portal berita membuat fitnah kerana memberi laporan jangkaan OPR yang akan naik.

Prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kerajaan sebelum ini wajar menjadi contoh bagi Kerajaan Madani.

Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi jaminan bahawa aspek kebebasan dan keterbukaan media di negara ini akan terus terjamin.

Harapnya janji ini benar-benar ditunaikan dan bukan hanya wayang seperti janji-janji lainnya. Cukuplah pembatalan tayangan takbir raya Perikatan Nasional pada saat akhir tempoh hari menjadi peristiwa hitam terakhir dalam rekod pentabiran PMX.

Komuniti dan penggiat media atau akhbar perlu bebas daripada cengkaman politik dan terus menyebarkan kebenaran tanpa takut.

Barulah betul Madani!

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
2 Mei 2023

#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-02 12:02:54

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook