Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LANGKAH STRATEGIK TABUNG HAJI 2021-2022 Apa jua hasil yang dituai hari ini semestinya datang daripa...

LANGKAH STRATEGIK TABUNG HAJI 2021-2022 Apa jua hasil yang dituai hari ini semestinya datang daripa...



LANGKAH STRATEGIK TABUNG HAJI 2021-2022

Apa jua hasil yang dituai hari ini semestinya datang daripada usaha baik yang telah diusahakan sebelumnya.

Baru-baru ini TH telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus, kadar yang sama seperti tahun sebelumnya.

Walaupun pada kadar yang sama, jumlah agihan keuntungan 2022 meningkat kepada RM2.65 bilion berbanding RM2.46 bilion iaitu peningkatan sebanyak 7 peratus.

Apa yang telah diusahakan pada tahun 2021 yang menyumbang kepada prestasi TH pada tahun 2022?

1. Lantikan 7 orang Ahli Panel Pelaburan TH berkuatkuasa 1 September 2021.

2. Membangunkan HIJRAH24: Pelan Transformasi Strategik TH 2022-2024 berasaskan 5 objektif strategik utama.

3. Membentangkan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah TH dan diluluskan pada 20 Disember 2021. Rangka kerja ini bertujuan menangani isu Syariah dan proses pematuhan Syariah dalam TH.

4. Berjaya menurunkan kos operasi sebanyak 4%.

5. Memudahkan akses sistem digital THiJARI. Kesannya jumlah pengguna meningkat kepada 662,481 berbanding 492,457 pada 2020.

Pada 23 jun 2021 THiJARI berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia.

6. Melancarkan THiJARI Biz pada 14 Disember 2021.

Prestasi cemerlang sejak 2021 ini telah menyumbang kepada keyakinan pendeposit untuk kekal menyimpan dalam Tabung Haji.

Jumlah deposit pada tahun 2021 adalah RM83,336 juta berbanding RM75,920 pada 2020. Peningkatan yang tinggi berlaku selepas pernah menurun pada tahun 2019.

Pada separuh tahun pertama 2022, jumlah deposit TH adalah yang tertinggi sebanyak RM88.09 bilion, tertinggi sejak 59 tahun penubuhan TH.

Terima kasih kepada pihak-pihak yang telah berusaha memberi khidmat dengan penuh integriti dan profesional sepanjang tempoh bangun semula TH ini.

Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia selaku pendeposit yang kekal percaya dan yakin dengan pengurusan Tabung Haji.

YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Penerangan PAS
Ahli Parlimen Jerantut

3 Mei 2023

#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-03 13:00:33

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook