Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LORI ANGKUT AIR KERAJAAN NEGERI 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

Pe...

LORI ANGKUT AIR KERAJAAN NEGERI 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 Pe...






LORI ANGKUT AIR KERAJAAN NEGERI 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

Pengurusan Sumber dan bekalan air oleh Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Sumber Air dan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd adalah dibuat melalui pegawai dan kakitangan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran serta Integriti yang tinggi.

Kesemua tindak-tanduk Jabatan adalah tertakluk kepada Jabatan Audit Negara. Pengurusan air di Kelantan bergerak dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat terutama melibatkan soal kewangan kerana penghujungnya semua ini adalah diaudit.

Laporan Ketua Audit Negara pula boleh diakses awam dan Ketua Penerangan UMNO Jeli tidaklah perlu bersusah payah membuat congakan secara matematik terhadap Lori Air Kontrak mengikut otak mudanya yang tidak pernah terlibat dengan pengurusan.

Pegawai dan kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri dan syarikat bekalan air Negeri menjalankan fungsinya untuk kepentingan rakyat mengikut kepakaran masing-masing. Syarikat bekalan air ini bukan milik individu dan mempunyai teras pentadbiran yang kolektif, manfaatnya untuk rakyat.

Sedang Kelantan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk tambahan Lori Air Kontrak ini, congakan mudah sebegini tidak perlu direka bermotif politik, apa lagi "budak UMNO" ini tiada kepakaran membuat penemuan yang tidak dijumpai oleh Jabatan Audit Negara.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

12 Syawal 1444 / 3 Mei 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-03 04:23:51

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook