Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

NIK NAZMI "CARAS" PMX Menteri Sumber Asli, Alam sekitar Dan Perubahan Iklim  nampaknya terlalu ghai...

NIK NAZMI "CARAS" PMX

Menteri Sumber Asli, Alam sekitar Dan Perubahan Iklim nampaknya terlalu ghairah membocorkan butiran peluru yang akan di tembak oleh PMX dalam sambutan Aidilfitri Madani malam ini di Kota Bharu. Gelojoh yang men"caras" orang nombor satu partinya dalam membedil Kelantan dengan isu air sebagaimana di Kedah baru-baru ini.

Malam nanti hilanglah nikmat rakyat Kelantan untuk mendengar nyanyian air ho ya air" oleh Perdana Menteri Madani kerana menteri seorang ini. Hampa yang tersangat siaran ulangan selalunya tiada "wow factor".

Nik Nazmi pastinya mahu menguatkan tanda ketidakfahaman beliau terhadap Perlembagan negara dan punca kuasa Persekutuan dalam menyediakan air bersih kepada rakyat tanpa membezakan negeri. Lawan seorang menteri bukanlah pegawai-pegawai operasi sekecil AKSB, apa lagi memperkecil usaha penambahbaikan yang telah dibuat dalam urus tadbir termasuk keperluan beliau membaca laporan audit berkaitan pentadbiran air negeri Kelantan.

Dalam kes ini, Nik Nazmi bukan sahaja memperkecil usaha kakitangan yang "berselut lumpur" berkerja tetapi telah menolak mentah-mentah laporan Audit Negara. Jika tidak mahu menghargai, menghina tidak diperlukan.

Nik Nazmi gagal memahami fungsinya sebagai menteri terutama dalam kes air Kelantan, Kedah dan Terengganu?

Bagi negeri-negeri lain agaknya beliau memahami walau gagal bertindak terutama di Selangor dan Pulau Pinang yang juga berdepan masalah air.

Nik nazmi gagal memainkan peranan sebagai menteri dalam memastikan NRW nasional dapat diatasi?

Nik nazmi gagal mainkan peranan sebagai menteri dalam memastikan syarikat-syarikat operator air seluruh Malaysia tidak menanggung kerugian besar ekoran caj ICPT TNB sedangkan air dan elektrik kedua-duanya di bawah beliau?

Justeru kegagalan terbesar Nik Nazmi bolehlah dianggapkan beliau gagal menghadami konsep federalisme, Persekutuan dan Negeri menyebabkan Kelantan menjadi mangsa dendam politik dalam isu peruntukan air.

Jika soal urus tadbir lemah, beliau juga lemah tapi saya percaya penambahbaikan akan selalu dilakukan semua pihak kerana keterikatan dengan amanah kerja. Berbeza dengan peruntukan yang menjadi kuasa menteri, wajib dilunaskan dan jika kehadiran menteri ke Kelantan semata-mata untuk "nyenye" kepada rakyat Kelantan, apalah ertinya sambutan Aidil Fitri.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

21 Syawal 1444 / 12 Mei 2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=259754589898391&id=100075915548470&mibextid=Nif5oz

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-12 08:43:11

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook