Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HUTAN KELANTAN JADI KEUTAMAAN

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HUTAN KELANTAN JADI KEUTAMAAN



PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HUTAN KELANTAN JADI KEUTAMAAN

PASIR PUTEH - Bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kawasan hutan sebagai satu sumber yang perlu diuruskan secara kekal, setiap tahun pada 21 Mac telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebagai Hari Hutan Antarabangsa dan tema pada tahun ini adalah merupakan "Hutan dan Kesihatan" (Forest and Health).

Terdahulu, hutan merupakan khazanah negara yang penting dalam menjamin kestabilan ekosistem dan amat berkait rapat dengan pembangunan sosioekonomi negara. Oleh itu, Kerajaan Negeri Kelantan amat bertuah kerana dianugerahkan sumber hutan asli bernilai tinggi serta boleh menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri.

Untuk rekod, litupan kawasan berhutan di Kelantan pada masa ini adalah 51% peratus yang meliputi kawasan seluas 767,202.5 hektar daripada keluasan tanah Negeri Kelantan. Justeru dengan keluasan kawasan berhutan ini adalah wajar bagi semua masyarakat untuk terus menghargai kepentingan semua jenis hutan dalam pengekalan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Dalam pada itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan akan terus komited dalam melaksanakan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dengan memberikan penekanan kepada keseimbangan aspek pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dan fungsinya dalam pembangunan sosiekonomi.

Majlis sambutan yang berlangsung di Taman Eko Rimba Jeram Linang, Pasir Puteh ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Mohd Amar Abdullah, yang turut juga diadakan sumbangan anak-anak pokok Chengal kepada 10 buah sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Kaya Setia Datuk Haji Nazran Muhammad, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Jajahan Pasir Puteh Tuan Haji Ahmad Adlee Yassin dan lain-lain.

kredit foto: Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan

#ViraliyatBerita4ptg
#UPKN
#hutankelantan













(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-08 08:32:56

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook