Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENGUNDI LUAR KELANTAN PERLU PULANG MENGUNDI Saya mengikuti kenyataan Ketua Wanita UMNO Kelantan da...

PENGUNDI LUAR KELANTAN PERLU PULANG MENGUNDI Saya mengikuti kenyataan Ketua Wanita UMNO Kelantan da...



PENGUNDI LUAR KELANTAN PERLU PULANG MENGUNDI

Saya mengikuti kenyataan Ketua Wanita UMNO Kelantan dan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara dalam siaran Sinar Harian berkaitan pengundi luar Kelantan yang menyumbang besar kepada kemenangan PN di Kelantan termasuk anak muda, memberikan kesengsaraan pada rakyat tempatan.

Saya tidak pasti sama ada kedua-dua pimpinan wanita PH-BN ini bercakap dalam keadaan kurang sedar atau barangkali kurang melakukan kerja rumah sehingga bercakap merapu berkaitan pengundi luar.

Percakapan sebegini seolah mengulangi ucapan kononnya kajian yang telah ditohmah oleh Setiausaha Agung PKR berkaitan orang kurang pelajaran termasuk "mat motor" yang memberikan sokongan kepada PN di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Hasutan agar pengundi luar seolah tidak pulang mengundi adalah langkah mengundur ke belakang dan mematikan demokrasi. Walhal proses bina negara adalah sebahagian besarnya daripada proses mengundi dan menjadi tanggjungjawab pemimpin.

Hakikatnya kedua-dua orang kuat pembangkang di Kelantan ini tidak boleh menafikan kebijaksanaan pilihan pengundi luar memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka sebahagian besarnya golongan berpendidikan dan profesional dalam bidang masing-masing.

Hakikatnya juga pengundi luar adalah sebahagian besarnya berada dalam negeri yang ditadbir PH-BN. Hakikat ini barangkali gagal difahami dan cuba dinafikan oleh Norwahida dan Hafizah yang kebenarannya pengundi luar yang hidup sengsara dalam negeri ditadbir PH-BN, cuba menyelamatkan rakyat Kelantan daripada terjerumus ke lembah kesengsaraan.

Sebagaimana jiwa besar orang Kelantan walau di mana sahaja berada, sementelah kezaliman UMNO sejak 1990 terhadap PAS Kelantan dan disambung rentaknya oleh Kerajaan Gabungan Anwar-Zahid hari ini, anak-anak muda, orang kampung Kelantan dan perantau pasti tidak akan mudah tertipu dengan "gula-gula penyebab potong kaki" wanita UMNO dan Amanah.

Di Kelantan nampaknya demokrasi ditakuti oleh UMNO dan Amanah. Bukalah mata, suluhlah jalan kebenaran dengan mata hati jua

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

15 Syawal 1444 / 6 Mei 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-06 09:23:46

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook