Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENYATUAN UMMAH SOLUSI KEPADA PERPADUAN YANG MUSNAH Dalam kitab Muqaddimah, Ibnu Khaldun membahagik...

PENYATUAN UMMAH SOLUSI KEPADA PERPADUAN YANG MUSNAH Dalam kitab Muqaddimah, Ibnu Khaldun membahagik...



PENYATUAN UMMAH SOLUSI KEPADA PERPADUAN YANG MUSNAH

Dalam kitab Muqaddimah, Ibnu Khaldun membahagikan ashabiyah kepada dua makna.

Pertama, perpaduan sesebuah kaum sehingga mampu kuat dan menguatkan antara satu sama lain, mampu mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan ummah serta berupaya memacu kekuatan kepada sebuah tamadun yang berjaya.

Kedua, fanatik kepada kaum sehingga menafikan kebenaran dan mengangkat kezaliman dalam sesebuah tamadun. Ashabiyah ini ditolak kerana bakal merosakkan tamadun dan perpaduan negara.

Terdapat dua perbincangan penting yang mesti kita ambil perhatian.

Pertama, sebuah tamadun itu tidak akan tertegak melainkan apabila seluruh kumpulan masyarakat sesuatu kaum itu saling mendokong antara satu sama lain.

Kedua, kaum yang ingin mendirikan dan mempertahankan tamadun daripada musuh memerlukan sokogan dan kekuatan yang sangat besar dengan cara bersatu padu antara satu sama lain.

Tambah Ibnu Khaldun, penyatuan masyarakat berasaskan Islam adalah penyatuan yang paling luar biasa dan tiada kekuatan yang lebih kukuh melainkan itu.

Selagi umat Islam itu berpecah-belah, mementingkan kepentingan peribadi atau kepentingan sebahagian kelompok kecil maka cita-cita membangunkan semula tamadun umat Islam tidak akan berjaya.

Ketika membangun Tamadun Islam di Madinah, Rasulullah SAW dan para sahabat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh politik Islam dengan menyatukan umat Islam di Mekah dan Madinah melalui peristiwa besar Hijrah.

Apabila kuasa dominasi politik umat Islam kukuh, Rasulullah memperluaskan jaringan Penyatuan Ummah melalui perjanjian dengan kaum Yahudi di Madinah.

Pengukuhan kedudukan dan pengaruh politik Islam dikekalkan sehingga baginda SAW wafat dan digantikan dengan Abu Bakar RA yang dipilih daripada kaum Quraisy selaku kaum paling majoriti dalam umat Islam ketika itu.

Umat Islam di Malaysia khususnya parti-parti politik Melayu mestilah bersatu padu mengukuhkan agenda Penyatuan Ummah ini seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Agenda perpaduan yang tertegak atas penipuan, salah guna kuasa dan menafikan keadilan tergolong dalam konsep ashabiyah yang ditolak oleh Nabi seperti yang dihujahkan oleh Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah.

Marilah sama-sama kita kukuhkan kedudukan dan pengaruh politik umat Islam di negara ini atas asasnya yang benar iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan.

Sekian.

USTAZ MAHFUZ ROSLAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan
10 Mei 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-10 13:26:22

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook