Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PROJEK TANAMAN EUCALYPTUS AKAN DIKEMBANGKAN PASIR PUTEH - Projek tanaman pokok Eucalyptus akan dike...

PROJEK TANAMAN EUCALYPTUS AKAN DIKEMBANGKAN PASIR PUTEH - Projek tanaman pokok Eucalyptus akan dike...



PROJEK TANAMAN EUCALYPTUS AKAN DIKEMBANGKAN

PASIR PUTEH - Projek tanaman pokok Eucalyptus akan dikembangkan di Kelantan berdasarkan kemajuan percubaan kesesuaian spesis yang diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Menteri Besar YB Mohd Amar Abdullah berkata dalam tempoh tiga itu, benih-benih pokok yang diperoleh dari China telah ditanam di kawasan Ulu Kelantan kini hidup subur dan berkembang dengan baik.

"Jika didapati sesuai, pokok berkenaan memerlukan masa yang singkat untuk dituai dengan hasil yang lumayan sehingga mencecah RM20,000 ke RM30,000 bagi setiap 0.44 hektar," katanya pada perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kelantan di Taman Eko Rimba Jeram Linang, semalam.

Untuk rekod, projek perintis tanaman pokok balak jenis Eucalyptus diusahakan bermula Januari 2018 di Hutan Simpan Kekal Sungai Betis untuk dijadikan sebagai sumber bekalan bahan mentah baharu dalam sektor perkayuan di Kelantan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyataBerita9pg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-09 01:15:56

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook