Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RAKYAT KESAL, USAHA YB KAK LAH DIHALANG

RAKYAT KESAL, USAHA YB KAK LAH DIHALANG



RAKYAT KESAL, USAHA YB KAK LAH DIHALANG

RANTAU PANJANG - Rata- rata penduduk di Rantau Panjang khususnya mereka yang berada di kawasan yang terputus bekalan air akibat musim kemarau, berasa kesal dan marah apabila ada pihak yang cuba menghalang usaha Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff (YB Kak lah) untuk menghantar khidmat air percuma ke kawasan mereka.

Penduduk Taman Rantau Mas, Ahmad Mahamud, 70, berkata beliau kesal dan marah dengan individu yang membuat fitnah kepada YB Kak Lah.

"Usaha Kak Lah untuk membantu rakyat sangat-sangat bagus, orang yang bekerja bawa lori air termasuk penghulu hantar air dari pagi sampai malam sangat bermakna kepada rakyat di sini.

Tapi apabila ada tuduhan yang tidak sepatutnya dilempar ke atas mereka, perkara ini sangat tidak munasabah," katanya.

Sementara itu, Elina Salleh, 39, pula mengakui beliau menghadapi masalah yang teruk apabila perkhidmatan lori bekalan air YB Kak Lah tidak sampai ke kawasan mereka kerana banyak urusan penting seperti memasak, mandi, mencuci pakaian dan sebagainya tidak dapat dilakukan.

"Air sangat penting bagi kami, tambah-tambah lagi ada anak yang masih kecil, saya terpaksa beli air tapis untuk buat susu kepada mereka.

Minggu lepas, anak saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami cirit-birit yang berpanjangan dan disahkan oleh doktor berkemungkinan berpunca dari penggunaan air tapis tersebut," katanya.

Kenyataan itu disokong Abdul Rahim Razak, 74, yang juga mengalami masalah kerana terpaksa ke kedai dobi setiap hari untuk mencuci pakaian dan perkara tersebut membabitkan perbelanjaan yang banyak.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-10 00:57:47

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook