Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menghulurkan tangan (penerimaan kurniaan keampunan) di...

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menghulurkan tangan (penerimaan kurniaan keampunan) di...



Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah menghulurkan tangan (penerimaan kurniaan keampunan) di waktu malam supaya bertaubat oleh orang yang melakukan kejahatan di siang hari dan Allah menghulurkan tangan (kurniaan keampunan-Nya) di waktu siang supaya bertaubatlah orang yang melakukan ma kejahatan di waktu malam sehingga matahari naik di sebelah barat."

Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa luasnya ni'mat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hamba yang beriman. Di antara rahmat yang luas itu ialah rahmat menerima keampunan hamba-hamba yang bertaubat apabila melakukan kesalahan.

Para ulama' menyatakan bahawa bertaubat adalah wajib kepada orang yang melakukan dosa sama ada dosa yang besar atau dosa yang kecil.

Taubat adalah satu peluang yang sangat luas yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengambil kesempatan bertaubat.

Oleh kerana terlalu luasnya pintu taubat itu maka tidak ada peluang dan ruang untuk seseorang yang beriman itu berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah.

Seorang yang bertaubat itu hendaklah bertaubat dengan hati yang penuh ikhlas dan jujur kepada Allah, bukannya bermain-main dengan taubat.

Para ulama' menyatakan bahawa taubat yang 'Nasuha' (taubat yang sungguh-sungguh ikhlas) itu mestilah mengandungi tiga syarat.

Yang pertama, hendaklah meninggalkan dosa yang dilakukan, yang kedua hendaklah menyesal di atas dosa yang dilakukan dan yang ketiga hendaklah berazam bahawa tidak akan melakukan lagi dosa itu.

Demikianlah syarat-syarat taubat, jika sekiranya dosa yang dilakukan itu bergantung dengan Allah.

Jika sekiranya dosa yang dilakukan itu bergantung dengan hamba-Nya, maka hendaklah meminta maaf kepada hamba yang kita melakukan kesalahan kepadanya, di samping kita bertaubat kepada Allah.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-03 12:58:25

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook