Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAMAN EKO RIMBA TARIKAN BAHARU PELANCONG

TAMAN EKO RIMBA TARIKAN BAHARU PELANCONG



TAMAN EKO RIMBA TARIKAN BAHARU PELANCONG

PASIR PUTEH -
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan Taman Eko Rimba menjadi tarikan kepada para pelancong tempatan dan luar negara selepas dinaik taraf oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam pemeliharaan dan pemuliharaan semula jadi terutama hutan yang merupakan anugerah Allah SWT kepada penduduk negeri ini.

"Sehingga kini keluasan hutan simpan kekal Kelantan adalah lebih 629,000 hektar bersamaan dengan 42% dari keluasan tanah negeri", katanya dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Ke-52 telah diadakan di Taman Eko Rimba Jeram Linang, Machang, semalam.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan terus komited mengekalkan kawasan hutan yang mencukupi untuk kesejahteraan hidup masyarakat sejagat.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim

#ViraliyatBerita1ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-09 06:00:39

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook