Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

“TANGKAP AZAM BAKI”: RETORIK POLITIK PAKATAN HARAPAN

Masih segar dalam ingatan kita mengenai satu p...

“TANGKAP AZAM BAKI”: RETORIK POLITIK PAKATAN HARAPAN Masih segar dalam ingatan kita mengenai satu p...



"TANGKAP AZAM BAKI": RETORIK POLITIK PAKATAN HARAPAN

Masih segar dalam ingatan kita mengenai satu perhimpunan jalanan bersejarah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tangkap Azam Baki dan disokong secara rasmi oleh Angkatan Muda Keadilan, DAPSY Malaysia, Pemuda Amanah, Pemuda HARAPAN, PEJUANG Muda, Pejuanita Muda, Pemuda Sosialis, dan MUDA pada hari Sabtu bertarikh 22 Januari 2022 yang lalu.

Tuntutan mereka pada ketika itu adalah,

i) Tan Sri Azam Baki ditangkap dengan serta-merta oleh agensi penguatkuasa.
ii) Proses undang-undang ke atas Tan Sri Azam Baki bermula dengan segera.
iii) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dirombak dan diletakkan di bawah Parlimen.

Antara tokoh politik yang hadir pada ketika itu pula ialah Ketua Pemuda AMANAH, YB Senator Hasbie Muda dan Ketua Pemuda AMK pada hari ini merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli.

Sebahagian ucapan YB Adam Adli dalam himpunan tersebut berbunyi, "Isu Azam Baki soal institusi, dah rosak sampai ke akar".

Tidak lupa juga kita dengan ucapan pemimpin PKR yang menjadi Menteri pada ketika ini, YB Rafizi Ramli dalam Ceramah Mega PH di Johor Bahru ketika kempen PRU ke-15 mengugut bahawa Pakatan Harapan (PH) akan "cari" Tan Sri Azam Baki berhubung isu pegangan sahamnya sebelum ini jika PH memenangi PRU ke-15.

Kata beliau, "Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya-Allah. Saya tahu Azam Baki tengok ni! Saya harap bila Pakatan Harapan menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi".

Komitmen serta dedikasi mereka untuk memburukkan imej serta mengheret Tan Sri Azam Baki ke muka keadilan adalah amat luar biasa. Namun, apabila PH berada di dalam Kerajaan, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka pula menjadi pihak yang mengekalkan jawatan Tan Sri Azam Baki untuk tempoh setahun yang akan datang.

Tindakan ini adalah bukti nyata yang sangat jelas bahawa segala apa yang mereka fitnah, keji dan maki ketika musim berkempen hanyalah retorik politik dan tuduhan tanpa bukti semata-mata. Akhirnya, sehingga kini mereka tidak dapat membuktikan bahawa Tan Sri Azam Baki bersalah seperti yang telah didakwa oleh mereka.

Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak lagi mempercayai kata-kata fitnah, serta janji-janji Pakatan Harapan bersama sekutunya Barisan Nasional dalam PRU Dewan Undangan Negeri bagi 6 negeri yang akan datang.

Kita tidak boleh biarkan pemimpin yang mengamalkan budaya fitnah memfitnah, mungkir janji, tidak konsisten dalam berpendirian terus mentadbir negara kita.

Kembalilah kepada politik yang matang dan sejahtera iaitu politik nilai dan politik mengutamakan kepentingan rakyat.

Sekian.

YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin
Ketua Penerangan PAS
Ahli Parlimen Jerantut
Bertarikh : 12 Mei 2023

#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-13 02:00:12

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook