Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

WANITA KELANTAN PANDAI NNEGO

WANITA KELANTAN PANDAI NNEGO



WANITA KELANTAN PANDAI NNEGO

Cara mereka berniaga mungkin tak buat mereka jadi cepat kaya, tetapi perniagaan mereka bertahan.

Contohnya peniaga di Pasar Siti Khadijah. Dah berpuluh tahun tempat itu masih ada. Masih banyak barang dan masih banyak peniaga di situ. Kebanyakan barang yang dijual pun masih sama.

Menariknya lagi, 95% peniaga di situ adalah wanita. Walaupun 5% itu lelaki, tetapi mesti ada juga wanita yang bersama mereka. Baik isteri, kakak, ibu atau ahli keluarga lain.

Ada cerita istimewa di sebalik nama Pasar Siti Khadijah. Bukan saja-saja nama itu diberi. Dulu nama asalnya Pasar Besar Buluh Kubu.

Kemudian, Tuan Guru Nik Aziz tukarkan nama ke Pasar Siti Khadijah kerana sangat menghormati sumbangan wanita Kelantan dalam ekonomi.

Besar penghargaan kerajaan Kelantan buat wanita mereka sebesar nama yang diberi.

Apa rahsia wanita Kelantan ni jaguh sangat dalam berniaga?

Selain minat yang tinggi, pertama prinsip tidak suka berhutang dan yang kedua pandai menyimpan.

'Start small'. Mulakan dengan apa yang ada. Mereka pantang berhutang. Masih ada juga yang berhutang tapi tidak ramai.

Seorang pegawai TEKUN yang ditemu bual dalam satu kajian oleh UKM berkongsi,

'' Impak pencapaian Tekun di Kelantan cukup baik. Pertama dari segi bayaran balik. Kelantan ialah negeri dengan hutang yang paling rendah. Kelantan dah 7 tahun duduk no 1 di seluruh negara dari segi bayaran balik.

Kalau pinjam memang akan bayar balik dalam tempoh masa tersebut. Budaya ni memang baik sebab mereka memang tak suka hutang. Ini uniknya wanita Kelantan atau keseluruhan usahawan di Kelantan tak kira laki atau perempuan.''

Kedua, mereka menyimpan. Bukan sahaja simpan duit untuk belanja dan modal, mereka lebih suka simpan emas. Emas sebagai simpanan aset jangka masa panjang.

Wanita Kelantan dengan emas ini memang tidak boleh berpisah. Peniaga wanita Kelantan sangat berpegang kepada budaya menyimpan emas sejak turun temurun.

Mereka tak perlu upgrade kedai besar, baju mahal, beg tangan berjenama. Cukup tambah emas dan mereka tahu itu tidak membazir. Mereka tahu barang yang lebih bernilai untuk dibeli dan disimpan berbanding barang yang susut nilainya di masa depan.

Disebabkan itu, walaupun ekonomi sedikit perlahan mereka tetap berniaga dan mampu bertahan. Mereka tiada hutang yang tinggi dan mereka ada simpanan yang tinggi nilai.

Dasar Wanita Kelantan yang dibangunkan sejak 2001 sememangnya bertujuan berhasil membantu wanita Kelantan dalam segenap aspek kehidupan.

Antaranya dengan penubuhan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan, merupakan 1 daripada 100 inisiatif Kelantan Cakno Wanita yang bertumpu untuk melatih wanita dalam bidang kerjaya, kemahiran dan ekonomi.

Semoga lebih ramai usahawan persis Saidatina Khadijah tumbuh mekar di Kelantan. Tahniah Kelantan!





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-12 09:34:15

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook