Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DATARAN CHENG HO LAMBANG  PERPADUAN KAUM DI KELANTAN

DATARAN CHENG HO LAMBANG PERPADUAN KAUM DI KELANTAN


KOTA BHARU – Dataran Cheng Ho yang terletak di Jalan Kebun Sultan menjadi mercu tanda unik dalam menggambarkan keakraban perpaduan kaum di negeri Kelantan yang majoriti penduduknya adalah Melayu Islam.

Ia adalah hasil cetusan idea oleh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berkunjung ke Jalan Kebun Sultan pada tahun 2013 dan menyarankan pembinaan kawasan tersebut sebagai gambaran cara hidup penuh toleransi masyarakat berbilang kaum di Kelantan.

Pembinaan dataran itu akhirnya menjadi kenyataan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob pada 4 Oktober 2017.

Pintu gerbang dataran berkenaan direka mengikut seni bina Cina dengan kos bernilai RM600,000 dan monumen itu menjadi salah satu mercu tanda di Kelantan yang melambangkan keberadaan masyarakat Cina di negeri ini.

Nama Cheng Ho diambil sempena nama seorang pelayar dan penjelajah China beragama Islam terkenal yang telah melakukan pelayaran jelajah samudera antara tahun 1405 hingga 1433.

Pintu Gerbang Cheng Ho yang dibina merentangi Jalan Haji Cheng Ho dengan bumbungnya melengkung dan atap genting berwarna hijau, ada tertera perkataan Dataran Cheng Ho dalam tulisan jawi, rumi dan cina, manakala pada tiang pintu gerbang yang berwarna merah pula ada ditulis simpulan bahasa dalam bahasa cina.

Kelantan yang ditadbir dengan acuan Membangun Bersama Islam tidak pernah mengenepikan hak rakyat bukan Melayu dan bukan Islam sebaliknya mereka dirai bukan sahaja pada mercu tanda bahkan sambutan perayaan serta kebajikan hidup yang tidak dibezakan.

Setiap tahun perayaan kaum-kaum lain seperti Sambutan Tahun Baharu Cina, Sambutan Deepavali, Pesta Tang Lung dan Pesta Songkla bagi kaum Siam sentiasa dirai dan berada dalam kalendar rasmi oleh kerajaan negeri.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook