Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kira Detik: 15 Hari - Referendum Rakyat Akan Tolak Kerajaan Pimpinan PMX?
utama

Kira Detik: 15 Hari - Referendum Rakyat Akan Tolak Kerajaan Pimpinan PMX?




Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam buah negeri pada 12 Ogos ini bakal menjadi penanda aras terhadap pentadbiran kerajaan persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak lapan bulan lalu. 

Walaupun kerajaannya dibentuk dengan kekuatan majoriti dua pertiga, tetapi ia bukan dengan sokongan majoriti rakyat, sebaliknya melalui percaturan politik bersama UMNO meskipun semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 Anwar berjanji tidak akan bergabung dengan parti di mana pemimpinnya terpalit dengan skandal dan rasuah.  

 Anwar menamakan kerajaan campuran pimpinannya sebagai kerajaan perpaduan bagi menggambarkan kepada umum kononnya ia adalah sebuah kerajaan yang luhur dan telus selain diterima rakyat. Walhal dalam perbincangan sains politik kerajaan perpaduan bermaksud kerajaan tanpa pembangkang. 

 Bagi menghiaskan kesuciannya lagi, Anwar yang lebih popular dengan jolokan PMX pula menyarung jubah madani dalam mengekang kebebasan ahli parlimen dari parti kerajaan secara tidak  demokratik, menyekat hak serta kebebasan mereka yang dijamin oleh perlembagaan. 

 Demikian juga dengan penyalahgunaan kuasa terhadap pelbagai agensi penguatkuasaan negara terutamanya PDRM, SPRM dibawah KDN dan agensi JKOM dibawah KKD sudah terlalu menjolok mata rakyat.  

 Menteri-menterinya semakin kerap terperangkap dengan pelbagai tindakan dan pengarahan yang terlihat songsang untuk berhadapan lawan politik mereka menjelang PRN di enam negeri.  Kini kian jelas terpampang menjadi rahsia umum rakyat terbanyak terutamanya generasi muda.  

 Rakyat pada umumnya sudah tidak takut lagi untuk menzahirkan rasa tidak puashati secara terbuka kerana mereka sebenarnya sekadar menikmati janji-janji kosong Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. 

 Begitu juga dengan keberadaan pelbagai rangkaian media sosial di kalangan rakyat menyebabkan media elektronik arus perdana seperti televisyen dan radio milik kerajaan kini semakin mengesahkan tempatnya dalam kategori senjata propaganda politik purba. Ia kini mulai diterima sebagai sejarah.  

 Kerajaan campuran madani kini tersepit untuk menzahirkan mazhab politiknya samada bersumberkan piagam madinah yang berasaskan Islam atau sekadar plagiat dari falsafah Civil Society ciptaan barat.  

Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan Anwar sebagai ‘sesumpah politik’ yang boleh berubah bila-bila masa termasuk menggadaikan prinsip serta janji yang dilaungkan sebelum ini semata-mata bagi memenuhi kerakusan nafsu untuk terus berkuasa. 

Karakternya yang tak serupa bikin itu bakal mencetus gelombang penolakan rakyat kepada Anwar. Malah gelombang itu kian memuncak apabila semakin ramai menyedari penipuan demi penipuan yang dilakukan. 

Rakyat tidak pernah lupa janji manisnya seperti akan menurun harga minyak dalam masa 24 jam selepas menjadi perdana Menteri. Kali terakhir Anwar melaungkan janji itu ketika Kongres Nasional PKR pada 17 Julai 2022. 

 Tetapi sehingga kini janji itu masih belum tertunai. Bahkan, malang sebaliknya pada 6 Mac 2023 yang lalu Anwar menyatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had harga siling petrol di negara ini. 

Rakyat terus ingat betapa laungan prinsip perjuangan Anwar dahulu tegas menolak nepotisme dan kronisme. Namun rapuh sekali, ia hanya tergadai begitu sahaja apabila melantik anaknya sendiri sebagai penasihat Perdana Menteri selain banyak lantikan politik yang dibuatnya. 

Sikap serta tindak-tanduknya itu menyebabkan kebencian rakyat terhadapnya terus membuak-buak. Mereka menyifatkan penipuan yang jelas lagi nyata ini sebagai satu penghinaan kepada rakyat dan negara. 

Justeru, Malaysia yang aman dan harmoni tidak sepatutnya dicemari oleh unsur-unsur penipuan, fitnah, rakus kuasa atau sebagainya terutama oleh perdana menterinya sendiri. Kesannya sangat buruk untuk masa depan negara dan rakyat. 

Maka, tempoh 15 hari mendatang adalah hari-hari penting bakal menentukan hala tuju negara pasca kerajaan perpaduan. Bukan harus tunggu untuk lima tahun lagi.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook