Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

FAKTOR CALON - PRN DI KELANTAN LEBIH SENGIT

FAKTOR CALON - PRN DI KELANTAN LEBIH SENGIT

 


Oleh : KALAMTIMUR

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) telah mempertaruhkan 23 calon baharu atau 51.1 peratus daripada 45 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos 2023 ini.

Daripada jumlah itu 10 calon golongan ulama, teknokrat dan aktivis, manakala lapan calon daripada golongan profesional, lima orang muda dan dua calon wanita.

Daripada 45 kerusi yang PN bertanding, 39 kerusi diwakili calon PAS, manakala enam kerusi diwakili calon Bersatu.

Demikian sebagaimana diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Ke-15 Perikatan Nasional Negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Analisis daripada latarbelakang calon-calon kedua-dua belah pihak, sama ada PN-PAS atau PH-BN, PRN di Kelantan kali ini dijangka lebih sengit.

Persepsi pengundi terhadap PAS mungkin telah berubah apabila PAS telah mempertaruhkan ramai calon teknokrat dan profesional.

Jika sebelum ini, PAS dilihat ramai mempertaruhkan calon berlatarbelakangkan agama yang dianggap sinonim dengan dasarnya, tetapi pada PRN kali ini adalah sebalik.

PAS tidak dianggap telah memecahkan tradisi, sebaliknya PAS telah mengambil suatu pendekatan rasional sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa.

Ia merupakan suatu perkembangan terbaik dalam situasi politik negara sekarang ini.

Khususnya dalam usaha PAS-PN untuk meraih sokongan daripada pengundi muda atau golongan terpelajar.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook