Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

JKNK Komited Laksanakan Agenda Kelantanku Bersih

JKNK Komited Laksanakan Agenda Kelantanku Bersih

 

BACHOK – Dalam memastikan agenda ‘Kelantanku Bersih’ berjaya dilaksanakan, pelbagai agensi daripada kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama untuk memastikan negeri ini bersih dan ceria, sekali gus mewujudkan masyarakat yang terjamin kesihatan.  
 
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan  Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menjalankan Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 07/2023 di daerah Bachok, semalam bagi memastikan premis makanan yang beroperasi mematuhi peraturan yang ditetapkan.  
 
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dato‘ Dr Zaini Hussin, operasi kali ini melibatkan pemeriksaan kedai makan dan restoran di sekitar Bandar Bachok, Jalan Melawi -Kandis, Jalan Bachok - Budi dan Jalan Bachok - Beris Kubur Besar.  
 
“Sebanyak 52 buah premis makanan telah diperiksa di mana seramai 74 orang kakitangan JKNK telah terlibat di dalam operasi tersebut,” katanya.   
 
Tambahnya, JKNK sentiasa komited memastikan tahap kebersihan premis makanan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan serta makanan yang disediakan di premis makanan adalah selamat untuk dimakan oleh pengguna.  
 
“Pelbagai aktitiviti telah dijalankan bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa,” kata beliau kepada pemberita, Khamis lepas.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook