Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan sedia menara rangkaian 5G

Kelantan sedia menara rangkaian 5G

 


KOTA BHARU: Kemampuan anak syarikat milik kerajaan negeri mengurus perniagaan tidak mampu dipertikaikan lagi. 

Tahun lepas tiga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mampu menjana keuntungan puluhan juta. 

Antaranya Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) yang mengendalikan menara telekomunikasi di Kelantan. Sehingga sekarang syarikat itu memiliki 363 menara telekomunikasi di seluruh jajahan.

IQSB juga menawarkan sebanyak 26 tapak rangkaian 5G bagi tempoh separuh pertama tahun 2023. 

Selain itu IQSB sedang menyiapkan 76 projek baharu struktur telekomunikasi untuk kemudahan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, IQSB merupakan syarikat milik penuh PKINK yang menerajui sektor perkhidmatan telekomunikasi serta pembinaan menara. 

“Sebanyak 363 menara telekomunikasi dibina IQSD di seluruh Kelantan dan sebanyak 26 tapak menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G,” katanya ketika merasmikan Seminar Kontraktor Pembinaan Infrastruktur Telekomunikasi di PKINK, baru-baru ini. 

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) PKINK Nasriff  Daud, Pengurus Pembangunan Usahawan Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman, 

Ketua Pegawai Operasi IQSB A'sri Che Ali dan Pengurus Besar Ascii Line Sdn Bhd Hadzori Umar.

Principal HMS QS Consultant Sr Mohd Fikeri Daud membentang kertas kerja pada seminar terebut yang merangkumi pengurusan projek pembinaan, bajet, piawaian dan pelaksanaan projek.

Seminar tersebut diadakan dengan kerjasama PKINK dan Ascii Line Sdn Bhd disertai 50 kontraktor pembinaan infrastruktur telekomunikasi.

Kontraktor dan usahawan tempatan serta luar Kelantan yang hadir diberi pendedahan berhubung projek pembinaan menara telekomunikasi di Kelantan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook