Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kira Detik: 12 Hari: 45-0 Bukan Angan
utama

Kira Detik: 12 Hari: 45-0 Bukan Angan


Dalam PRU 14 Kelantan, PAS menang 37 kerusi DUN berbanding  BN  lapan kerusi iaitu  Kok Lanas, Gual Ipoh, Bukit Bunga, Ayer Lanas,  Kuala Balah, Nenggiri, Paloh dan Galas. Keputusan itu adalah pada 2018 ketika berlaku pertandingan tiga   penjuru antara PAS, PH Dan BN.

Bagi kerusi Parlimen, PAS kekal di sembilan kerusi iaitu di Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala BN memperoleh lima kerusi iaitu Ketereh, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Gua Musang. PH tiada sebarang kerusi.


Dalam PRU 15 pada 2022 membabitkan 14 parlimen menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS (PN), PH dan BN keputusannya PN menang bersih 14-0. 

Dalam PRN 15 Kelantan yang berjumlah 45 Dun, PH-BN memainkan naratif  pencapaian kerusi dan jumlah undi pada 2018 sebagai unjuran. 

Mereka tidak merujuk angka yang lebih relevan iaitu keputusan PRU 2022. Jumlah undi yang diraih PN ialah 631,201 (64%), BN 265,666 (27%) dan PH 87,293 (9%). Jika dicampur jumlah undi PH-BN sekali pun, jumlah undi yang terkumpul hanyalah 352,959 (36%) berbanding PN 631,201 (64%).



Kerana itulah kita menyaksikan fokus utama PH-BN ialah menyerang watak-watak utama PAS bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di Terengganu dan Kedah.  Mencalarkan imej pemimpin PAS adalah satu-satunya pilihan terbaik yang ada pada masa ini.

Kalau di Kedah MB Sanusi disaman fitnah oleh PMX, di Kelantan pula PH-BN bawa naratif supaya TMB Mohd Amar dikalahkan.  Di Terengganu agak menarik apabila TPM pula menawarkan gula-gula pilihanraya kepada pengundi muda negeri itu secara terbuka kerana kononnya ia bukan rasuah tetapi insentif kerajaan persekutuan semata-mata.

Mungkin inilah sebabnya kita menyaksikan dua keputusan berbeza atas dua pertuduhan kes yang sama melibatkan Parlimen Kuala Terengganu dan Marang tempohari melibatkan Presiden PAS.

Selamat berkempen kepada jentera pilihanraya PN dan PH.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads