Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kira Detik: 13 Hari - Benarkah Malaysia Tanah Melayu?
utama

Kira Detik: 13 Hari - Benarkah Malaysia Tanah Melayu?



1) Rakyat umum terutama kalangan pengundi muda dalam PRN enam negeri, sangat perlu untuk melakukan timbang tara yang matang berlandaskan situasi real politics negara. Pertimbangan  yang baik hanya dapat dibuat  menerusi kaca mata politik yang bebas dan saksama. Pilihan yang ada ialah antara PN dan PH. 

 

2) Mungkin ada yang akan bertanya kenapa tidak pilih antara PN dengan PH BN? Bukankah di Kelantan  BN adalah penyandang  lapan Dun dalam pru14 sedangkan PH tiada walaupun satu kerusi. 

 

3) Walaupun BN akan bertanding sejumlah 31 kerusi berbanding PN  hanya 14 kerusi sahaja, hakikatnya PHlah yang mengatur dan memuktamadkan pembahagian ini. BN sekadar penumpang dalam kerajaan campuran perpaduan  madani. Itu fakta untuk bakal pengundi Kelantan. 

 

4) Ini adalah intipati pertembungan dua gabungan terbesar politik negara yang perlu dipilih. Kalau pengundi memilih PAS atau BERSATU maknanya memilih PN, manakala kalau BN  yang dipilih  itu bermaksud pengundi memilih PH. 

 

5) Tiga negeri PN adalah negeri yang diterajui PAS  iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala tiga negeri PH ialah Pulau Pinang yang diterajui DAP, serta Selangor dan Negeri Sembilan yang diterajui PKR Dan DAP. 

 

6) Pengundi untuk PRN enam negeri mempunyai pilihan untuk bersama menentukan gabungan mana yang mereka mahu menjadi teraju  pemerintahan di negeri tumpah darah masing-masing.  


7) Kerajaan persekutuan  PH yang ada hari ini merupakan hasil pengundian PRU15 November  lalu. Tahap kesedaran politik rakyat dizahirkan apabila 95 peratus pengundi bukan Melayu  keluar mengundi berbanding hanya 68 peratus pengundi Melayu Islam. 

 

8) Mengundi dalam PRN nanti bukan sekadar memilih antara PN atau PH. Ia adalah manifestasi kesedaran politik rakyat di negara yang asalnya bernama Tanah Melayu ini.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook