Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kira Detik: 14 Hari - Isu Nik Abduh, Siapa Untung Siapa Rugi?
utama

Kira Detik: 14 Hari - Isu Nik Abduh, Siapa Untung Siapa Rugi?


 

Momentum penolakan total rakyat   terhadap kerajaan kakistokrasi PH  kian meningkat menjelang hari penamaan calon. Fenomena  berkenaan terpamir hampir di semua enam negeri pada proses penamaan calon pagi tadi. 

Dalam konteks Kelantan, PH mengetuai  cabaran mengambil alih kerajaan dari PN dalam keadaan mereka tidak menyandang  walaupun satu kerusi dalam PRU 14 berbanding BN  lapan. 

Ratib ‘ho ya hoi’ dan tasbih ‘no Anwar no Dap’ lapan bulan lepas masih basah di bibir masing-masing. Ahli akar umbi  yang setia  kini mengalami kecamuk perasaan,  marah dan kecewa yang tidak mungkin mampu  ditutup dengan gula-gula ‘perpaduan’ mahupun ‘madani’.

PH Kelantan yang diketuai parti Amanah sememangnya terkenal dengan  zikir Tok Guru Nik Aziz  (TGNA) yang disulam jampi mentera  kononnya mereka menyanjung dan menyambung perjuangan TGNA. 




Sentimen legasi TGNA telah seringkali dipalitkan dengan keterlibatan anakandanya yang mewakili PH dalam  pilihanraya tetapi tidak berjaya untuk meraih kemenangan. 

Menjelang PRN 15 ini, sentimen itu dipertajamkan lagi,  diolah secara wewenang menjadi strategi tiga suku masak oleh PH apabila menyamakan legasi TGNA mengemudi perjuangan politik Islam menerusi sistem demokrasi  dengan legasi TGNA mengetuai kerajaan negeri  sebagai Menteri Besar Kelantan. 

Ruang sensitif emosi dan hasrat murni meneruskan kelangsungan kepimpinan TGNA dalam kalangan keluarga besarnya telah ditunggang semahunya oleh PH yang kini memalitkan pula ‘tafsiran nakal’ legasi TGNA dengan Nik Abduh, mantan Ahli Parlimen juga mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia. 

Penghormatan dan ingatan rakyat Malaysia umumnya dan Kelantan khasnya terhadap sumbangan dan jasa TGNA tidak akan pernah luntur, begitu juga terhadap keluarga besarnya yang sekian lama  mendokong perjuangan beliau memartabatkan peranan politik Islam di negeri dan negara ini.  

Persoalannya kenapa Mohd Amar, mantan TMB, Naib Presiden PAS Dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan yang jadi sasaran serangan. Jawapannya ialah kerana pendekatan secara character assassination ini mampu membunuh, sekaligus menamatkan karier politik mangsanya. 

Namun, perlu diingat kerana pendekatan ini juga boleh menatijahkan hasil yang sebaliknya andai gagal dikawal dan diurus dengan baik oleh mereka yang ‘bermain’ dengannya. Mereka berisiko melahirkan seorang lagi watak yang mampu menghalang dan meranapkan cita-cita politik PH  di negara ini. 

PH tidak mahu belajar dari kesilapan mereka membina keperkasaan dan memberi ruang pembinaan citra kepemimpinan MB Sanusi di Kedah.  

Jadi, dalam isu Nik Abduh ini siapa yang untung dan siapa yang rugi?

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook