Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Mohd Amar Di Geruni UMNO Kelantan
utama

Mohd Amar Di Geruni UMNO Kelantan

 


KOTA BHARU – Serangan peribadi adalah antara langkah yang kerap dilakukan  apabila berlaku pertembungan tidak seimbang antara pihak pencabar untuk berhadapan pihak penyandang menjelang hari pengundian. 

Peluang yang beredar di depan mata tentunya akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin tidak terkecuali UMNO Kelantan. Setelah terlepas kuasa sejak 1990, ini adalah percubaan kelima mereka untuk kembali bertapak  dengan naungan panji PH. 

Mohd Amar sebagai pendokong utama Menteri Besar Ahmad Yakob yang mengepalai jentera pilihanraya PAS Kelantan sejak beberapa siri pilihanraya umum yang lalu juga tidak terlepas daripada serangan tersebut.

Perkara ini pernah disebut perwakilan UMNO Kelantan, Zawawi Othman dalam ucapan kontoversinya ketika  mewakili negeri Kelantan pada perhimpunan Agung UMNO   2021 bahawa parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada ‘tiga jahanam' yang memimpin parti itu.



Mereka ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata,“Tetapi pemimpin PAS terutama tiga jahanam… Presiden PAS, Haji Hadi; Nik Amar, dan juga Sanusi … ini mulut-mulut jahat.

Menyambung  kenyataannya itu beliau turut memberitahu “Jadi, Umno Kelantan tidak menolak PAS tapi menolak pemimpin-pemimpin PAS yang ada pada hari ini iaitu orang yang saya sebut ini.

“Kalau PAS menolak pemimpin-pemimpin mereka ini, kita boleh terima untuk bersama dengan PAS. Kalau tidak ada Haji Hadi, insya-Allah kita boleh berbincang (untuk bekerjasama) balik, tapi kalau ada dia, biarlah kita dengan kita, dia dengan dia,” katanya. 

Ketua Penerangan UMNO Kelantan itu bagaimana pun tidak bertanding dalam PRN 2023 kali ini.

Beliau sebelum ini tewas di Parlimen Pasir Puteh dalam PRU15  dengan majoriti 39,109 undi kepada calon PAS YB Dr Nik Zawawi yang memperoleh undi  52,937, manakala Zawawi hanya berjaya meraih 23,828 undi sahaja.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook