Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Patung Buddha Gergasi Ada di Kelantan
utama

Patung Buddha Gergasi Ada di Kelantan


TIDAK ramai yang tahu negeri Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah turut terdapat banyak rumah ibadat agama-agama lain.

Malah lebih unik lagi terdapat tiga patung Buddha terbesar di Asia Tenggara di bumi Kelantan.

Mari kita jengok tokong-tokong gergasi yang ada di Serambi Mekah. 

Tokong pertama, Wat Phothikyan terletak di Kampung Balai, Bachok. Tokong tersebut terkenal dengan nama Wat Dua Naga kerana terdapat ukiran dua ekor naga.

Dan ia dikenali dengan Naga Kembar Asia Tenggara kerana terdapat ukiran naga di pintu masuk utama.

Tokong kedua terdapat di Wat Machimmaran terletak di Bunohan, Tumpat. Ia juga dipanggil ‘The Sitting Buddha’. Ketinggiannya mencecah 30 meter. Lebih mengejutkan lagi ia merupakan patung Buddha terbesar di Asia Tenggara.

Ketiga, tokong besar terdapat di Wat Photivihan, juga terletak di Tumpat. Orang Kelantan sebut ‘The Sleeping Buddha’. Panjang tokong terbabit mencecah 40 meter. 

The Sleeping Buddha siap dibina pada tahun 1979. Patung tersebut dianggap patung tidur kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Tokong Buddha Chaukhtatgyi di Myanmar yang berukuran sepanjang 66 meter.

Kewujudan patung-patung gergasi terbabit sebagai bukti kebebasan beragama diamalkan di Kelantan, biar pun ditadbir di bawah kepimpinan ulama. Malah masyarakat bukan Islam juga sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri.

Pemimpin komuniti mereka juga dilantik sebagai penghulu tanpa mukim dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan. Inilah Kelantan yang sering dicemburui musuh politik.

#ppakatpertahan #kelantanmesrasantunirakyat #KelantanMajuRakyatSejahtera #mediapoint

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook